1. Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan
Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan
rakyat. Akibatnya, jenuhlah
penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau
dan ‘dicipta’ oleh UMNO. Mereka juga
mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu
tersebut.
2. Jelas, PR sudah panik.
Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk
sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja.
Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada
umum. Mungkin juga kerana berkat doa
solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.
3. Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti
jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah
berkali-kali dan sudah bertahun-tahun.
Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima
kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu
menolak mereka-mereka ini.
4. Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang
kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana
Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai
mereka.
5. Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah,
namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata
sebenarnya. Kita tidak perlu bergantung
kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan
bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan
fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan
agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.
6. Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan
bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR.
Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang
selagi kita tidak ‘bersama’ mereka?
Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut
berbunyi: ‘Malaysia bersama mereka’?
7. Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya?
8. Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan
bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi.
Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai
bentuk.
9. Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh
mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka
mendakwahkan agama Judaism. Kristian
adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam
dan Kristian adalah sesuatu yang azali.
10. Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi
sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.
11. Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat
dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan
kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali. Namun, beberapa pihak Kristian orthodox
masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi
kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai
liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran
yang berasal-usul dari puak Yahudi.
12. Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan
puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras
pegangan agama mereka dari dalam.
13. Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan
kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran
baru. Oleh itu, kita melihat bagaimana
penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba
diterapkan ke dalam masyarakat mereka.
Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara
besar-besaran menolak LGBT. Malah, di
Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku
Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka
dengan kalimah ‘Allah’.
15. Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara
besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan
fahaman liberal kepada manusia sejagat?
16. Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam
telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam
yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu
ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan
Islam. Kesemua inilah yang membantu
melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di
seluruh dunia.
17. Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan
Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. Fikirkanlah….
The History of the Casino - One of the Most Popular Casinos
ReplyDeleteA relative newcomer to the herzamanindir world filmfileeurope.com of online gambling, Wynn Las Vegas opened its doors to a new apr casino audience of over 600,000 in 2017. casinosites.one This was 사설 토토 사이트 the first casino