1. Memang sukar untuk
dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di
Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem
di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya
ke-13. Video tersebut boleh didapati di
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276
2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak
gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia
dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan
membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain
lagi.
3. Selain itu, perutusan dari
pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang
pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’
inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah
keberkatan ‘Tuhan’.
4. Apabila video in meletup di
laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS
mengenainya. Seperti yang dijangka,
mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan
daripada mengakui kesilapan. Alasan
biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh
UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah
Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah
jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu
Israel perlu dilihat menyokong PR.
Tentulah ini tidak masuk
akal.
5. Sebenarnya, bagi yang
mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR,
terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.
Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka
terhadap Anwar. Anwar juga pernah
menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.
Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?
6. Anwar juga yang telah
menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu
giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing
iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni,
Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.
7. Namun, apa yang wajar diberi
perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah
daripada perutusan doa semata-mata.
Kenapa? Apakah sudah sah yang PR
akan menang? Atau apakah mereka telah
diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan mereka menang
juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau
belakang secara aman atau bermandi darah?
8. Kita mungkin tidak akan mampu
untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara
kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha
bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk.
Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita
tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau
mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.
9. Pilihanraya kali ini
bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru
di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di
zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’
secara perlahan-lahan.
Khas untuk yang mampu berfikir ! Malang sungguh jika tidak mampu berbuat demikian!
ReplyDeleteBaca Surah Al Kahfi http://beta.quran.com/en/18/1-10
ReplyDeletedan mohon agar Allah sentiasa bagi perlindungan.