1. Tidak cukup dengan perbuatan
PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir
harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya
sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah
SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan
‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK)
2013, 2 Februari lalu.
2. Anugerah yang disampaikan
oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada
Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan
keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.
3. Tidak mungkin ABIM, atau
nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah,
sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat
bertentangan dengan Wan Azizah.
4. Saiyidatina Khadijah binti
Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama.
Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya
pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau
keluarga, tetapi mempunyai status sendiri.
Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana
kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya,
Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.
5. Pekertinya yang mulia,
menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita
suci). Pendek kata, beliau memiliki
pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang
menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda.
6. Namun, hatinya tidak terbuka
sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar
Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara.
7. Allah SWT telah mentakdirkan
yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda
darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan
saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan
bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga
Rasulullah SAW menghantar peminangan.
8. Perkahwinan Saiyidatina
Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat
menghormati. Rasulullah SAW senang
meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong
semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah
SAW.
9. Allah SWT telah memberikan
kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk
menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana
Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan
mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.
10. Kesimpulannya, Saiyidatina
Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol
wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran
dan status tersendiri. Untuk itu, beliau
telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda
“Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran,
Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah
binti Muhammad.”
11. Berdasarkan hakikat ini,
apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia
ini? Dari segi keturunan, sejarah,
sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit
dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.
12. Wan Azizah bukanlah seorang
wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar
apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28
Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan. Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan
ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar.
13. Wan Azizah juga bukan lahir
dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah
ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan
Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti
di Kedah dan Kelantan. Keadaan ini
sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai
mempunyai simptom kekurangan kasih sayang.
14. Kita juga melihat alasan
ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah
‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’
amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada
kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. Malah, ia adalah seratus-peratus
bertentangan.
15. Benar Wan Azizah berani,
tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan
kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani
menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai
zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk
membawa perubahan ke arah liberalisasi.
Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf
pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah
setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa
jua keadaan.
16. Walaupun setia kepada suami
adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh
dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang
diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah.
17. Wan Azizah bukan pejuang
Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan
pendirian suaminya. Oleh itu, walaupun
beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi
beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk
anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut.
18. Justeru, ABIM wajar menarik
balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk
taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam.
19. Kepada ABIM, jangan dihina
wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu
sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang
menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara. Dan lebih-lebih lagi jangan dihina
Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut
atau hujung jari Wan Azizah.
Nampaknya Anwarisme dalam ABIM masih kuat.. Mohon ABIM Buat Pencerahan prihal anugerah ini.
ReplyDeleteHarap dapat link blog saya
http://beliabangkit.blogspot.com
dari mana dapat logo abim tak betul tu?
ReplyDelete