Tuesday, 5 February 2013

MUAHAHAHAHA... DAH KENA DAH... GUAN ENG JUAL AZIZAN RAZAK...





1. Rakyat Kedah mula tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai langkah bijak untuk mengurangkan defisit bajet negeri itu.  Apakah ia akan terus menjadi sekadar sebuah cerita dongeng yang dibacakan untuk menghiburkan hati rakyat?

2. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak telah tersalah congak akan kuasa seorang Menteri Besar agaknya.  Sangkanya, dengan hanya mengumumkan dalam bajet, maka perkara tersebut akan dengan sendirinya terlaksana. 

3. Atau mungkin juga beliau menyangka, apa yang perlu dilakukan selepas mengumumkan bajet, hanyalah menghantar ‘invois’ setiap hujung bulan kepada kerajaan Pulau Pinang sepertimana urusniaga biasa, dan kerajaan Pulau Pinang pun akan membayarnya. 

4. Oleh kerana kebebalan ini, maka Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan cerita dongeng Azizan. 

5. Apabila cerita dongeng ini meletup, si Phahrolrazi, exco kerajaan PAS Kedah pun terpaksa menunjuk tegas dengan membuat kenyataan yang Kedah tetap akan meletakkan harga ke atas air yang dibekalkan kepada Pulau Pinang.  Malangnya, Phahrolrazi, mahupun Azizan sendiri enggan mengadap kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang.  Apa yang difahamkan, hanya satu surat sahaja yang dihantar oleh Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan hasrat mengenakan bayaran terhadap bekalan air mentah kepada negeri itu. 

6. Justeru, tidak salah apabila Pulau Pinang hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa untuk memberi respon terhadap kenyataan seorang exco.   Dan tidak salah juga jika Jaseni memberi jawapan yang seolah-olah tidak serius iaitu Pulau Pinang hanya menggunakan sumber air Sungai Muda bermula dari sempadan sungai yang mengalir ke negeri itu sahaja dan oleh itu, ia tidak boleh dikenakan bayaran kerana ia bukan di dalam tanah jajahan Kedah.  Dengan jawapan begitu, kerajaan Kedah pun menjadi kelu. 

7. Inilah masalahnya apabila hanya bijak bercakap tetapi tidak tahu bekerja.  Kedah kini benar-benar bergantung kepada sumber semulajadi, iaitu air dan balak.   Melihat kepada keadaan semasa, di mana Azizan tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin akan berani berbincang dengan Guan Eng, maka Kedah pasti akan berputih mata dalam mengharapkan hasil dari  penjualan air kepada Pulau Pinang. 

8. Sudahlah tidak dapat membawa hasil melalui air, satu-satunya yang dapat membawa hasil iaitu balak, nampaknya telah menyumbang masalah kepada bekalan air kepada rakyat Kedah pula.  

9. Pembalakan yang tiada batasan dan yang tidak menghiraukan sempadan kawasan tadahan bukan sahaja memberi kesan kepada geologi dan berisiko menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur, tetapi juga mencemarkan bekalan air. 

10. Antara yang paling kronik ialah kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu.    Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Inas, Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala 350 hektar di hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu dikatakan bakal dijadikan ladang buah-buahan.   Meskipun mendapat bantahan keras pelbagai pihak, namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan itu. Malah Azizan juga mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baru seluas 800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.

11. Masalah air yang tercemar kerana pembalakan luar kawal bukan cerita dongeng seperti dongeng ingin menjual air mentah kepada Pulau Pinang.  

12. Pada bulan Oktober 2011, penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak.  Akibatnya, air yang mengalir ke 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas, Kg Sg Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian menjadi keruh kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.  Penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang berwarna merah berlumpur untuk urusan seharian termasuk memandikan jenazah. 

13. Namun, kerajaan negeri Kedah masih lagi mengambil sikap tidak peduli dengan nasib rakyat.  Kononnya, ini semua hanyalah mainan politik UMNO. 

14. Jelas bahawa Azizan sebenarnya telah buntu atau ‘mati kutu’ dalam usaha untuk menjana pendapatan negeri kerana itu beliau sanggup membiarkan kawasan hutan simpan kekal juga diteroka. 

15. Segala-gala projek yang dirancang tidak menjadi, termasuk projek-projek besar seperti projek perladangan di Papua New Guinea.  Ini sangatlah tidak menghairankan kerana projek bersifat biasa seperti perumahan juga telah gagal dilaksanakan dengan sempurna di bawah kerajaan negeri di mana terdapat unsur-unsur ketidaktelusan yang amat ketara sepertimana yang dilaporkan dalam pembentangan audit baru-baru ini.  

16. Azizan tidak berjaya memaksa Pulau Pinang membayar harga bekalan air mentah dan tidak mampu pula untuk memberhentikan bekalan air kepada negeri itu.  Sedangkan, rakyat Kedah pula berhadapan dengan masalah air yang masih tiada tanda-tanda akan selesai selagi kawasan pembalakan belum gondol sepenuhnya.   Senarionya kini ialah apabila semua balak sudah selesai, rakyat Kedah mungkin akan berhadapan dengan masalah banjir lumpur pula, tetapi rakyat Pulau Pinang tetap akan menerima bekalan air dari Kedah secara percuma. 

17. Kata orang utara, pi-mai-pi-mai, tang tu jugak.  Apa saja yang kerajaan negeri lakukan untuk mencari hasil, kononnya, yang dapat hanyalah kerugian semata-mata.

1 comment:

  1. hahaha.... geli hati tgk pas di perkotak katikkan.

    bro...add blog MB dlm list blog tuan ye...

    ReplyDelete