1. Di akhir dekad 1990-an dulu,
gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar
Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan gelaran mahafiraun.
2. Gelaran tersebut
dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan
begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan
duniawi selama-lamanya.
3. Menyedari sentimen tika itu
dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul
Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa
sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan
harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.
4. Masa akhirnya bersilih ganti
membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9
tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati
sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan
khidmatnya.
5. Namun demikian, sehingga
detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih
juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.
6. Tidak nampak sedikit pun
riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan
nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.
7. Bermati-matian Nik Aziz
berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin
PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi
dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping
mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.
8. Kata Nik Aziz, untuk menjadi
pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan
yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.
9. Entah di mana fahaman
tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin
yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki
tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada
rakyat.
10. Tapi dengan tubuh badan Nik
Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk
hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada
rakyat Kelantan?
11. Kalau dah sepanjang menjawat
kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja
yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut
pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan
tanpa manfaat pada rakyat.
12. Lagi pun apa sangatlah akal
fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang
malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan
orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si
polan itu tolak Islam, tak begitu?
13. Sebetulnya Nik Aziz agak
bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri
Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya
bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak
lagi dalam cengkamannya.
14. Jadinya, mahu tidak mahu Nik
Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak
disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan
demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji
'ketokohannya' itu.
15. Maka jadilah Nik Aziz serupa
macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus
utuh ditangannya.
16. Dulu Tun Dr Mahathir telah
digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka
terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak
dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz !!!! Dah lama
dahhh.......
No comments:
Post a Comment