1. Nurul Izzah, anak perempuan
Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan
ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.
2. Ahli Parlimen Lembah Pantai
itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang
disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap
sumber pendapatan negara.
3. Pemimpin pembangkang seperti
Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada
disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan
berkurangan berikutan penurunan cukai individu.
4. Untuk tambah lagi kisah
penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah
hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK,
kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum
seperti Greece.
5. Walhal, isu hutang Greece
dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang
luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.
6. Kita pula hanya memiliki
hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar
ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.
7. Kelantan yang memiliki
hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya
tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?
8. Sejak negara kita merdeka,
sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun
pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan
ekonomi negara akan muflis.
9. Hakikatnya hingga kini
negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi
pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami
penurunan.
10. Contoh mudah tatkala negara
mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98
dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut
tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.
11. Sedangkan tika itu bukan
sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan
muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi
kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.
12. Adakah negara kita muflis
dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana
pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah
melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan
buruk.
13. Misal kata kalaupun
keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara
kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan
negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.
14. Malah dari tahun 80-an
hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari
KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.
15. Kesimpulannya, negara kita
tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi
manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya
semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.
16. Imbuhan wang yang rakyat
perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan
gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara
kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti
perniagaan. Itu asas ekonomi
No comments:
Post a Comment