1. Pengerusi DAP Pusat, Karpal
Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama
sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total
angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan
hukum hudud.
2. Menurut Karpal, pendirian
PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap
pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu
menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di
Malaysia hanyalah retorik semata-mata".
3. Satu kenyataan yang ringkas
dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya
dalam isu ini.
4. Kelihatannya seperti DAP pun
amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan
politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.
5. Entah apa reaksi Mursyidul
Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja
mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS
berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata
oleh DAP.
6. Kita harap Nik Aziz yang
juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya
sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan
menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat.
7. Harapnya untuk sekali sekala
Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab
kritikan Pengerusi DAP itu.
8. Setidak-tidaknya PAS perlu
mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi
bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang
dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.
9. Atau paling lekehpun, PAS
patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di
minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah
suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.
10. Tapi beranikah PAS bertindak
sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini
memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN
yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro
Anwarinas?
11. Tergamakkah PAS menonjolkan
dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota
pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi
dalam PRU 13?
12. Tentu sekali tidak. PAS
tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen
kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki
kepada parti pembangkang lain.
13. PAS mahupun Nik Aziz sendiri
juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk
melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari
PR demi kerana hudud.
14. Bukan sahaja kerana isu
hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya
PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.
15. Sudah acapkali PAS tunduk
diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR
dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS
akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.
16. PAS juga tergamak mengecam
bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas
Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan
DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot
mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.
17. Bila sudah sedemikian rupa,
janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya
akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan
kepada PAS dan PR.
18. Seterusnya seperti biasa,
PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya
gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan
rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.
No comments:
Post a Comment