1. Setahu rakyat Kedah, Menteri
Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tetapi
apabila membaca akbhar Sinar Harian hari ini, terasa seolah-olah Mahfudz Omar
telah pun mengambil-alih jawatan tersebut.
2. Mahfudz telah membuat kenyataan
bagi pihak kerajaan PAS Kedah iaitu, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut
peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang
membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dengan itu, Mahfudz membayangkan yang Kedah
juga mungkin akan mengadakan pilihanraya berasingan.
3. Tanpa menyebut atau merujuk
kepada Dato’ Seri Azizan, Mahfudz kemudian mengeluarkan kenyataan berikut,
"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu
bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan
lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon,"
4. Soalnya, di manakah
kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz?
Apakah benar perkara mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau
atau tidak?
5. Yang rakyat Kedah tahu
ialah, Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai perkara ini dan
hanya memberi respon bahawa beliau hanya bertindak memberi laporan tentang
kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas
Pusat.
6. Secara umum, Dato’ Seri
Azizan nampaknya begitu berhati-hati dalam memberi jawapan mengenai pilihanraya
Kedah tetapi Mahfudz tampak lebih yakin dan berkuasa untuk menentukannya. Malah kelihatan seolah-olah Mahfudz juga
lebih berkuasa untuk menentukan calon.
7. Sudahlah di Wisma Darulaman
kedengaran rungutan bahawa terdapat EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri
sehinggakan isterinya juga lebih berkuasa dari To’ Puan Seri, isteri MB
sendiri. Isteri EXCO ini juga dikatakan
gemar berada di pejabat suaminya dari di rumahnya, dan mengarah-arah orang
sekeliling.
8. Kini, Mahfudz pula dilihat
sebagai lebih MB dari MB dalam membuat kenyataan di media.
9. Senario ini menunjukkan dua
kemungkinan iaitu kerakusan pihak yang ingin menjatuhkan Azizan atau kelemahan
Azizan sendiri dalam mengawal politik PAS Kedah.
10. Namun, apa yang dapat
dilihat ialah senario ini terjadi akibat gabungan kedua-duanya iaitu kerakusan
musuh-musuh Azizan serta kelemahan dirinya sendiri.
11. Sumber memberitahu bahawa
Mahfudz telah pun menjalankan strateginya sendiri dengan memanipulasi dan
mempengaruhi PAS Pusat untuk meletakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti
di Kedah. Mungkinkah kenyataannya yang
‘mewakili’ PAS Kedah di atas bermakna yang PAS Pusat telah ‘merestui’ Mahfudz
menggantikan Azizan?
12. Malanglah rakyat Kedah jika
terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter
yang tidak lulus SPM.
13. Bayangkan, Mahfudz tidak
tahu walaupun untuk membezakan antara ‘ketakutan’ dan ‘keberanian’.
14. Dalam kenyataan di media
yang sama, Mahfudz menuduh Dato’ Seri Najib sebagai ‘takut’ dengan PR. Katanya,
"kenyataan yang dibuat Najib
iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan
"survival" Melayu menunjukkan yang BN cukup takut untuk kehilangan
kuasa dalam PRU13 nanti”.
15. Tetapi di masa yang sama,
Mahfudz juga berkata bahawa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN)
sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak.
Jelas, yang takut adalah PR
dan bukan BN.
16. BN telah pun bersiap sedia
untuk menghadapi PRU tetapi PR yang berlengah-lengah, ingin membeli masa. Jika benar berani dan yakin yang rakyat
bersama mereka, kenapa gusar untuk mengadakan pilihanraya serentak di negeri-negeri
yang diperintah mereka? Apakah alasan
untuk melambatkan lagi PRU jika bukan kerana takut masih belum dapat meraih
sokongan majoriti rakyat?
Jelas, Mahfudz membuat
kenyataan tanpa berfikir.
17. Sekurang-kurangnya, kalau
Mahfudz ingin berlagak berani sekali pun, biarlah ia berdasarkan kenyataan yang
konsisten. Dan kalau ingin bermimpi
menjadi MB Kedah pun, sekurang-kurangnya berusahalah untuk lulus SPM terlebih
dahulu. Kita tidak mahu nanti Kedah malu
bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita
juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur
No comments:
Post a Comment