1. MH
baru-baru ini telah menyertai rombongan Malaysian Relief Agency (MRA) bersama Universiti
Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) mengadakan Misi
kemanusian dan Ibadah Korban di Hanaya San Remigo, Filipina. Untuk makluman
pembaca Hanaya San Remigo merupakan
kawasan yang ditimpa bencana Taufan Haiyan pada awal tahun ini dan penduduk disini berketurunan Visayan dan berkomunikasi Visayan.
2. Ketibaan
kami disambut oleh Saudara Abu Bakr Arabis, ketua masyarakat Islam Hanaya San Remigo yang juga bekas Pastor yang pernah khidmat selama 17
tahun di Gereja San Remigo. MH dan rakan-rakan dibawa ke Cebu Madinah Mosque Community
Centre untuk bermalam.
3. Keadaan
umat Islam di Hanaya San Remigo amatlah daif. Kira-kira 50 keluarga Islam
menghuni disini dan majoriti mereka adalah miskin dan daif. Menurut Saudara Abu
Bakr Arabis, komuniti Islam di sini hanya bermula pada tahun 2005 dan sehingga
setakat ini beliau telah berjaya mengislamkan hampir 100 orang masyarakat Hagnaya
San Remigo. Permulaan Islam disini pada 2005 amatlah meyedihkan dimana ketika umat Islam
bersolat mereka telah dibaling dengan batu.
Pemandangan di sekitar San Remigo Hagnaya
4. Berkat
doa umat Islam disini, kini penduduk tempatan mula menerima kehadiran
masyarakat Islam disisi mereka. Pada tahun 2007 menerusi sumbangan sebuah
keluarga Islam dari Kanada, sebuah Masjid yang pertama di utara Pulau Cebu telah
berjaya didirikan. Masjid yang dinamakan Masjid Madinah, Hagnaya Cebu walaupun
belum siap sepenuhnya, tetapi ia telah digunakan sebagai pusat aktiviti Islam
dan kemasyarakatan.
5. Allah
tidak menurun musibah melainkan disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi.
Taufan Haiyan, antara taufan yang terkuat didunia telah menjadikan masyarakat
Islam diutara Pulau Cebu ini mula dikenali. Disebalik kemusnahan kediaman dan
harta benda penduduk Masjid Madinah tetap berdiri teguh disebalik taufan yang
paling ganas didunia. Hanya beberapa keping atap masjid ini yang dilarikan.
Teringat MH kepada Masjid Ar-Rahman di Acheh yang tetap berdiri teguh semasa Tsunami Acheh pada 2004.
Solat Jumaat di Masjid Madinah utara Pulau Cebu
6. MH
berpeluang menaikan solat jumaat dan solat-solat fardhu yang lain sepanjang MH
berada disini. Terasa amat kerdil diri ini bersolat di masjid yang penuh
Barokah ini. Bersolat disini mengingatkan MH kepada permulaan dakwah Islamiyah yang
dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat Jumaat yang turut disertai oleh jemaah wanita
dan disetiap akhir solat waktu pulak disudahi dengan tazkirah ringkas
mengingatkan MH kepada dakwah Baginda.
Wajah-wajah generasi pertama Islam disini
7. Generasi
Islam di utara Pulau Cebu ini merupakan generasi Islam yang pertama disini. Masih
banyak bimbingan yang diperlukan oleh masyarakat disini. Taufan Haiyan telah
membuka mata Malaysian Relief Agency (MRA) tentang kewujudan masyarakat Islam
disini. Lanjutan daripada itu MRA telah membuka pusat disini bagi membantu umat
Islam disini.
8. Banyak
agensi telah datang ke sini menerusi MRA. Antara misi bantuan yang amat significant
adalah misi bantuan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang telah mendirikan
tandas dan rumah transit bagi sukarelawan MRA yang berkunjung disini. Terima kasih
diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO.
Terima kasih kepada Puteri UMNO Malaysia kerana menyediakan rumah pesinggahan ini kepada sukarelawan MRA
9. Masyarakat
Islam disini menyambut kedatangan Aidil Adha sehari lebih awal dari Malaysia.
MH yang berada beberapa hari lebih awal pada mulanya ingin meninjau persiapan masyarakat
disini menyambut Aidil Adha. Malangnya akibat kesusahan dan kedaifan tiada
persiapan yang dibuat oleh masyarakat disini. Pagi Aidil Adha adalah seperti
hari-hari biasa yang dilalui. Terpancar jerih perit kehidupan diwajah mereka.
Juadah simple di pagi Aidil Adha
10. Ibadah
Korban yang dianjurkan oleh MRA Malaysia ini merupakan limpahan rezeki dari Malaysia
untuk masyarakat Islam disini. Kali ini penduduk disini menerima kejutan.
Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorban untuk masyarakat disini berbanding hanya
seekor pada tahun lepas. Rupanya daging lembu merupakan makanan mewah bagi
masyarakat disini.
11. Daging
korban dan juga beras diagihkan kepada masyrakat Islam bukan Islam. Ini dilihat
sebagai satu medium dakwah. Harga daging lembu yang mencecah RM40 sekilo, jika
dibandingkan dengan purata pendapatan penduduk setempat hanya RM15 sehari
merupakan satu nikmat kepada mereka.
12. Ketika
umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Adha, kami Hagnaya ini sibuk mengadakan
medical check-up untuk penduduk tempatan. Sambutan yang begitu hangat
menyebabkan kami tidak menang tangan melayan. Seramai 250 orang penduduk telah
datang untuk mendapatkan rawatan.
13. Pemeriksaan kesihatan kali ini di Ketuai oleh
Prof Dr Abdul Karim Russ dari UniKL-RCMP turut disertai oleh doktor-doktor
tempatan. Apa yang lebih membanggakan pemeriksaan kesihatan ini turut mendapat
kerjasama dari Datuk Bandar Pulau Cebu dan juga Pasukan Rescue Filipina (pasukan
seperti JPAM Malaysia)
Sambutan penduduk tempatan ketika madical check-up MRA
14. Aktiviti
kemanusian melibatkan aktiviti kemasyarakatan seperti program penjagaan
kebersihan diri, bimbingan mukhaddam bagi kanak-kanak dan juga mualaf,
mengambil wuduk dan juga smart solat.
15. Kelas bimbingan mukhaddam diadakan pada setiap malam kami berada disana selapas solat maghrib dan sambutan yang diterima amat menggalakan. Kanak-kanak dan mualaf dilihat begitu dahagakan ilmu terutamanya ilmu keagamaan Islam.
15. Kelas bimbingan mukhaddam diadakan pada setiap malam kami berada disana selapas solat maghrib dan sambutan yang diterima amat menggalakan. Kanak-kanak dan mualaf dilihat begitu dahagakan ilmu terutamanya ilmu keagamaan Islam.
16. MH
menemubual Bilal Masjid Madinah Cebu, Saudara Abdul Rahman menyatakan beliau
amat berminat untuk datang ke Malaysia bagi mempelajari agama Islam. Kepada
pihak-pihak yang berminat untuk membawa beliau ke Malaysia bolehlah menghubungi
MH melalui email.
Bilal Abdul Rahman yang begitu dahagakan ilmu mengenai Islam. Ada sapa-sapa tak nak bawak dia ke Malaysia?
17. Pasca
bencana Taufan Haiyan, MH melihat masyarakat tempatan mula menerima kehadiran
masyarakat Islam dengan baik. Masyarakat disini mula melihat keindahan Islam
dengan pembukaan Pusat Islam disini atas inisiatif MRA Malaysia.
18. Kira-kira 50 orang kanak-kanak menghabiskan waktu mereka selepas sekolah disini bagi mendapat bimbingan mukhadam dan solat berjemaah. Uniknya ibu bapa bukan beragama Islam juga menggalakan anak-anak mereka memeluk Islam. Ini kerana keindahan akhlak Islam dan menutup aurat menurut Sabrina, remaja yang berusia 15 tahun.
18. Kira-kira 50 orang kanak-kanak menghabiskan waktu mereka selepas sekolah disini bagi mendapat bimbingan mukhadam dan solat berjemaah. Uniknya ibu bapa bukan beragama Islam juga menggalakan anak-anak mereka memeluk Islam. Ini kerana keindahan akhlak Islam dan menutup aurat menurut Sabrina, remaja yang berusia 15 tahun.
19. Melihat otai-otai disini berhujah dan berdebat mengenai Islam dengan masyarakat bukan Islam disini menimbulkan kekaguman kepada MH. Inilah yang perlu kita pelajari selain dari dakwah menerusi akhlak.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete