Wednesday, 28 May 2014

INFO : KENAPA PENGGANTI SULTAN PERLU DITABALKAN SEBELUM JENAZAH ALMARHUM SULTAN YANG TELAH MANGKAT DIMAKAMKAN






1. Sembah takziah MH ucapkan kepada keluarga Diraja Sultan Perak diatas Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

2. Terlebih dahulu MH memohon maaf kepada pembaca blog MH kerana lama tak update blog MH dengan artikel. MH terpanggil untuk menjelaskan satu perkara setelah melihat rakan-rakan FB yang mempertikaikan kenapa pengganti Sultan sesebuah negeri perlu ditabalkan sebelum jenazah Almarhum Sultan yang telah mangkat dimakamkan?

3. Semasa MH berada di negeri Perak Darul Ridzuan dahulu, MH pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah dibawah kelolaan Ustaz Ali bin Noh, Imam 1 Masjid Sultan Idris Shah 11. Semasa sessi soal jawap mengenai urusan jenazah, Ustaz Ali Noh telah ditanya oleh seorang peserta kenapa jenazah para Sultan di Malaysia lambat dikebumikan dan kadang kala mengambil masa sehingga 2 ke 3 hari untuk dimakamkan. Menurut Ustaz Ali Noh, Baginda Rasulullah SAW telah wafat pada hari Isnin dan jenazah Baginda hanya dimakamkan pada hari rabu. Ini kerana Baginda Rasulullah SAW  sebagai Ketua kepada Agama Islam yang Terulung pada ketika perlu digantikan terlebih dahulu sebelum Baginda Rasulullah SAW dimakamkan. Maka para Sahabat telah memilih Khalifah Abu Bakar As-sidiq sebagai Ketua Agama Islam yang baharu menggantikan Rasulullah. Ini kerana umat Islam wajib mempunyai seorang Ketua Agama Islam sebelum jenazah seorang ketua agama islam itu dikebumikan . 

4. Maka mengambil iktibar dari kisah ini maka Raja-Raja Melayu di Malaysia selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing apabila As-Sultan sesebuah negeri di Malaysia mangkat maka pengganti kepada Ketua Agama Islam sesebuah negeri itu perlulah dilantik terlebih dahulu sebelum Sultan yang telah mangkat dimakamkan. 



Sekian wallahhuaklam

No comments:

Post a Comment