1. Umum dunia sudah tahu, sebuah
pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan MH370 telah pun berlepas dari Kuala
Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac
2014 dan telah didapati hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan,
8 Mac 2014.
2. Pesawat itu membawa keseluruhan
muatan seberat hampir 40 tan (lebih kurang kalau tidak silap) dengan penumpang
seramai 239 orang yang mana 2 daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang
daripadanya adalah krew kapal.
3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di
Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar
sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan.
4. Maka, bermulalah satu episod
misteri lagi ngeri bagi seluruh umat Malaysia secara khususnya dan sebuah
episod misteri bagi negara-negara jiran yang terlibat.
5. Mengapa saya katakan ia sebuah
episod misteri lagi ngeri??
6. Kerana, ia bakal melibatkan
kerugian yang sangat-sangat besar.
7. Umum mengetahui mengenai kehilangan
pesawat ini. Namun, sangat sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi
faktor atau aspek tentang kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui
sehingga hari ini.
8. Pesawat ini telahpun hilang pada
Mac 2014. Setahun sebelum itu, negara kita telahpun diserang pada bulan yang
sama. Iaitu Mac 2013, insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas
negara kita, beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.
9. Bagaikan suatu misteri… Menteri
yang mengelola siri serangan Sulu ke atas Sabah dan menteri yang mengelola
kehilangan MH370 adalah orang yang sama.
10. Bagaikan suatu misteri… Angkatan
keselamatan yang mengelola kes serangan tentera Sulu dan juga angkatan
keselamatan yang mengelola kes kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.
11. Saya telah menghidu suatu rencana
yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.
12. Kita mulakan dengan lokasi
terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya berdasarkan laporan media adalah
5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu, pesawat terus lenyap daripada radar dan
tiada lagi petunjuk yang timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk
sini dan sini.
13. Saya andaikan sebenarnya pesawat
sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.
14. Maka timbul lah pelbagai persoalan
mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?
15. Menurut laporan awal – saya yakin
laporan ini ramai yang sudah lupa – pesawat telah terputus hubungan dengan
radar pada waktu tersebut dan tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan
tiada sebarang sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.
16. Ini bererti sistem dalaman pesawat
telahpun mati pada ketika itu. Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia
telahpun meletup, itu saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang
pasti pesawat telahpun meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.
17. Namun saya amat yakin pesawat
tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.
18. Jangan persoalkan penumpang mati
atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.
19. Sekarang, kita pergi kepada
persoalan lain. Iaitu, persoalan yang amat besar tetapi tidak pernah terfikir
pada orang ramai….
20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??
21. Saya katakan jawapannya kepada
anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !
22. Kenapa boleh jadi begitu?
23. US merupakan sebuah negara kuasa
besar sejak era moden. Dialah yang menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang
menguasai hampir keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling
kuat dan bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.
24. Sekitar tahun 60-an (kalau tidak
silap) semasa zaman Soekarno di Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar
Rotschild telahpun mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada
Indonesia untuk dibawa ke US. (Point ini telah diedit daripada tahun 70-an
kepada 60-an setelah diingatkan oleh Tn Ahmad Ansor Batubara).
26. Khazanah itu telah dipindahkan
daripada satu lokasi ke suatu lokasia baru di US lantas terciptalah sistem
perbankan berdasarkan wang fiat.
27. Maka, disitu bermulalah era
kekuatan Yahudi dan US memegang ekonomi dunia kerana mereka telahpun menyimpan
khazanah besar tersebut. Mereka memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan
note dan juga wang kertas berbentuk fiat kepada negara-negara lain.
28. US telah bertindak sebagai
pengeluar hutang terbesar ketika itu.
29. Secara tidak langsung, Soekarno
telahpun gagal membina impiannya iaitu hendak membina Indonesia Raya yang mana
sebenarnya khazanah itu dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan
sebuah bentuk negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama
“Indonesia Raya”.
30. Lantas, US dengan cepatnya telah
mengapi-apikan sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.
31. Kita telah dipecahkan kepada dua
blok besar. Yang mana ketika sebelum terjadinya peristiwa itu, kita dan orang
Indonesia sebenarnya sama serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan
sempadan daratan.
32. Semenjak peristiwa itu, maka
tercetuslah konfrontasi antara negara kita dan negara mereka.
33. Akibatnya, ramai orang mati dan
ramai orang menjadi marah. Rentetan daripada itu, sehingga hari ini amat sukar
bagi rakyat Malaysia hendak menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat
Indonesia sukar menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang
ke Malaysia berhijrah atau sebaliknya.
34. Menjadi persoalan kecil, daripada
mana datangnya khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?
35. Sebenarnya, Indonesia baru sahaja
merdeka pada tahun 1947, tetapi tidak lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya
raya. Amatlah mustahil sebuah negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan
negara mereka dan secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah
berharga.
36. Bagaimana kekayaan itu datang
kepada Indonesia, saya rasa tidak perlu diceritakan disini.
37. Yang pasti, selepas berlakunya
peristiwa rampasan khazanah tersebut oleh pihak US di Indonesia, maka secara
tidak langsung ekonomi Indonesia telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.
38. Natijahnya, sehingga hari ini,
ekonomi Indonesia telahpun jatuh dan nilai matawangnya telahpun diturunkan
serendah-rendahnya. Indonesia merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil
bumi yang mana sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik,
mengapa nilai matawangnya masih diparas yang sama?
39. Jawapannya pada khazanah yang
telah dirampas itu! Selagi sesebuah negara tidak memiliki khazanah tersebut,
maka negara tersebut akan jatuh nilai paras ekonominya.
40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan
ekonomi sebenarnya yang hendak saya bahaskan.
41. Tetapi, sebenarnya, khazanah
berharga itulah juga yang sedang US rompak daripada negara kita !
42. Amat sukar untuk diterima akal,
apabila sebuah pesawat Boeing 777 buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu
sahaj telah menarik minat lebih 25 buah negara dalam satu misi operasi Search
and Rescue (SAR).
43. Amat sukar diterima akal, apabila
misi itu dikatakan tidak ditaja oleh mana-mana negara melainkan kesemua negara
itu datang menghulurkan bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.
44. Amat sukar diterima akal apabila
sebuah pesawat bersaiz besar berukuran sekitar 40 meter panjang itu boleh
lenyap terus daripada radar dan satelit yang mengawal perairan dan udara negara
kita.
43. Terlebih sukar diterima akal,
apabila timbul dakwaan sebuah pesawat bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu
boleh berpatah balik dan terbang menuju ke banyak arah.
44. Saya katakan, sebenarnya semua ini
hanyalah satu permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !
45. Apa cerita sebenar yang berlaku?
Saya tidak dapat merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum
ditemui.
46. Ayuh, kita berfikir secara waras.
47. Sebuah pesawat telahpun hilang
daripada radar pada sekitar jam 2.30 pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah
dilancarkan pada siangnya dan serentak dengan itu, beberapa buah negara
telahpun mengikuti misi tersebut.
48. Sehari selepas itu, pihak risikan
CIA, FBI dan Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat
ini.
49. Sehingga kini, langsung tiada
berita disebarkan apa sebenarnya tugas CIA, FBI dan Interpol ini datang dan
mengapa mereka bertiga begitu cepat bertindak sedangkan badan risikan lain-lain
negara langsung TIDAK dihantar ke mari.
50. Sehari selepas pesawat dilaporkan
hilang juga, US telah mengumumkan akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US
KIDD mereka ke perairan Laut China Selatan.
51. Malaysia turut mengeluarkan KD
Perantau dan beberapa lagi buah kapal yang dilengkapi peralatan mencari dan
menyelamat ke perairan Laut China Selatan.
52. Buat pertama kalinya, Laut China
Selatan (LCS) menjadi tumpuan banyak negara. Buat pertama kalinya, Malaysia
menjadi tumpuan hampir seluruh dunia secara besar-besaran. Buat pertama
kalinya, sebuah pesawat milik MAS hilang tanpa khabar.
53. Okay, sebelum saya sambung cerita.
Saya ingin tegaskan, selepas ini ada banyak point yang akan mengakibatkan anda
tidak dapat mempercayainya dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru
selagimana anda tidak mahu mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar
kepada kita, iaitu membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir
Al-Kahfi bagi mengelak fitnah akhir zaman.
54. Sebelum saya sambung, saya
tegaskan bahawa peristiwa MH370 ini TIDAK ADA kaitan dengan Freemason,
Illuminati, Pitbull, movie Transformers, movie Non-Stop atau apa sahaja teori
konspirasi yang merepek. Teori konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar
daripada apa yang anda bayangkan!
55. Saya sambung artikel saya. Ketika
kesemua 9 buah negara dan kelengkapan SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak
kerajaan kita telah menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar
bantuan dalam misi SAR ini.
56. Ketika itu jugalah, pihak US
melalui ejen risikan mereka telah menghidu ada sesuatu yang amat berharga di
dalam pesawat MH370.
57. Ketika itu jugalah, pihak US
melalui ejen risikan mereka, telahpun mengeluarkan satu bentuk arahan secara
tidak langsung kepada pihak berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan
kepada Dato Seri Najib.
58. Arahan itu berbentuk samar-samar.
59. Pihak US telahpun mengeluarkan
satu bentuk mid spin terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah
berpatah balik.
60. Pihak US telahpun menghidu, akan
ada lebih ramai pasukan SAR yang tiba daripada banyak negara dan sudah pasti,
akan ada salah satu daripada mana-mana pihak yang datang itu akan menemui
pesawat. Tidak kira sama ada pesawat terhempas ataupun tidak.
61. Maka, ketika itulah media
antarabangsa melalui lidah utama mereka, CNN, BBC dan lain-lain telah
mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya telahpun berpatah balik dan terbang
menuju ke arah Lautan Andaman.
62. Sebenarnya, jika kita tidak
mengikut apa yang dihebahkan media luar, kita tidak seharusnya mempercayai
kata-kata mereka. Sebenarnya, pesawat masih ada di dalam perairan berdekatan
negara kita. Paling jauh pesawat hanya akan berada di sekitar Vietnam,
kepulauan Parcel atau Spratley sahaja.
63. Ketika itulah, pihak berkuasa kita
bagaikan hilang arah. Dihentak oleh media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK
pesawat berpatah balik.
64. Pada hari ke-5, ketika itulah,
ketua TUDM yang membuat press conference telahpun mengumumkan bahawa MH370
TIDAK BERPATAH BALIK namun menurutnya ada kemungkinan pesawat berpatah balik
dan mereka tidak pasti adakah ianya MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini
tolong betulkan.
65. Entah bagaimana, pada hari ke-8
(jika saya tidak silap) tiba-tiba Dato Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul
dalam press conference pada petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun
berpatah balik serta ada kemungkinan-kemungkinan ia dihijack.
66. Suatu yang sangat aneh dan
menyulitkan bagi akal manusia biasa berfikir.
67. Saya amat yakin, apa yang DSN
beritahu itu sebenarnya adalah satu jawapan terbesar kepada dunia, bahawa
pesawat masih berada di sekitar Laut China Selatan !!!!!
68. Mengapa saya katakan begitu?
Seorang Perdana Menteri hanya akan membuat kenyataan terhadap sesuatu isu
sekiranya berlaku perkara yang amat besar atau telah ada satu keputusan yang
pasti lagi muktamad dalam hala tuju negara.
69. Kini, hala tuju negara kita telahpun
diarahkan sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.
70. Perasan atau tidak, semenjak
tarikh pengumuman yang dibuat oleh DSN tersebut, sudah tidak kedengaran lagi
berita CIA, FBI waima Interpol mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita
hanya terdengar satu atau dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui
kenyataan Hishamuddin telah menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih
kes ini.
71. Sejak daripada itu jugalah, pihak
berkuasa kita sedang pening kepala hendak mengeluarkan berita sebenar kepada
pihak media. Ketika itu jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media
sosial dan juga media semasa
72. Antaranya peterlibatan pesawat
AWACS (singkatan bagi pesawat perang anti radar milik US) dalam ‘mengghaibkan’
MH370. Pesawat dirampas oleh orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan.
Pesawat sudah mendarat di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana
dihijack orang Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian
Altantuya. Pesawat mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak.
Pesawat mendarat di Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar Ibrahim
untuk menjatuhkan Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin bunuh diri. Dan
macam-macam lagi teori yang bagi saya, sengaja diada-adakan bertujuan melengahkan
masa dan mencipta diversion dalam kepercayaan orang ramai.
73. Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200
penerbangan MH370 masih lagi berada di Laut China Selatan. Ia sudahpun
tenggelam, tidak kira apa cara anda menterjemahkan perkataan ‘tenggelam’ itu
baik maksudnya benar-benar tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia
telah mendarat di mana-mana pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang
pasti ia tetap berada di Laut China Selatan.
74. Sekarang, kita berbalik kepada
persoalan utama artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?
75. Mengapa pesawat dihebohkan telah
berpatah balik? Kerana, ia bertujuan untuk mengalih perhatian dunia daripada
Laut China Selatan dan juga bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang
terlibat dalam SAR daripada terus berada di perairan LCS.
76. Setelah hari kelapan, maka sedikit
demi sedikit SAR dipindahkan ke perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga
Lautan Hindi atau Bay of Bengal.
77. Ketika inilah, ramai yang tidak
perasan. Hanya tinggal 4 buah negara sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua
kapal mereka yang ada daripada perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu
adalah, China, Vietnam, Malaysia dan juga US.
78. MEGAPA INI BERLAKU??
79. Telah terjadi satu perebutan kuasa
untuk merebut MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat
besar.
80. Apa habuannya? Habuannya adalah
isi pesawat tersebut yang mana merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan
sesebuah negara sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut
menjadi sebuah negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan
khazanah yang telah dirampas oleh US daripada Indonesia.
*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah
‘khazanah’ yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada
rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
81. US mahukan khazanah tersebut bagi
meneruskan kelangsungan kekuasaannya yang sudah hampir malap. China pula
mahukan khazanah itu kerana ia memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya
di dunia ini sekaligus mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China.
Vietnam pula secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia
telah terjumpa lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah
Vietnam juga sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita berkenaan
nelayan vietnam).
82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun
turut serta dalam perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang
daripada MALAYSIA !
83. Jadi, apabila kita berbalik kepada
persoalan asal, siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???
84. Jawapannya, kesemua negara yang
turut serta dalam misi SAR akan rugi. Pihak yang mendanai misi SAR tersebut
juga akan rugi sekiranya mereka tidak dapat khazanah tersebut.
85. Jadi, bagi menjayakan misi US
untuk merampas khazanah tersebut daripada jatuh ke tangan China, maka segala
bentuk konspirasi, segala bentuk rancangan dan plan harus digerakkan dengan
segera bagi mendapatkan pesawat tersebut.
86. Terkini, ketika artikel ini
ditulis, US telahpun membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menyertai
misi SAR di LCS dan hanya akan menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana
kedua-dua nama ini adalah merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut
seperti US 7th Fleet atau US Kidd.
87. Terkini, ketika artikel ini
ditulis juga, pihak Singapura telah menghantar satu, sebuah, kapal laut yang
mana sermbong kapalnya berwarna merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam
pihak Singapura masih berada di perairan LCS atau tidak.
88. Mengapa US menarik diri dan
mengapa US menghantar Singapura ke LCS?? Kenapa US tidak mahu suruh Singapura
hantar kapal tersebut bersama kapal selamnya ke koridor selatan pencarian
MH370??
89. Kerana, US tidak mahu pergerakannya
diketahui oleh ramai orang dan dia mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya
melalui proksinya.
90. Sekarang, kita masuk kepada
persoalan, mengapa pesawat masih belum ditemui??
91. Pesawat masih belum ditemui kerana
pesawat MH370 memang tidak terbang ke koridor utara waima koridor selatan.
Kerana itulah sehingga kini hari ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.
92. Kenapa pencarian di LCS masih
belum menemui jawapan? Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.
93. Rundingan saya tidak pasti bila
akan tamat. Apa yang saya pasti, jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24
haribulan ini. InsyaALLAH jika diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel
seterusnya pada salah satu tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal,
saya akan tulis lebih awal, begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan
tulis lewat.
94. Apa sahaja jawapan kepada
rundingan tersebut, saya serahkan kepada pengumuman pihak DSN sekiranya dia
membuat press conference kelak. Bilakah dan dimanakah dia akan buat press
conference tersebut, itu bukan persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya
perlu tunggu dan nantikan disamping berdoa agar semua penumpang selamat dan
khazanah itu tidak jatuh ke tangan US.
95. Saya berikan sedikit jawapan,
mengapa tiada radar, satelit, scanner atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang
ada tidak menemui lokasi tepat MH370?
96. Kerana, sebenarnya pesawat itu
sudahpun memasuki dimensi lain dalam alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang
yang bertanggungjawab bagi mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang
yang tidak sepatutnya.
97. Selain itu, saya juga yakin dan
percaya, mengapa semua ini berlaku sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan
ALLAH SWT bagi menunjukkan betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi
segala perancangan manusia.
98. Sebenarnya, di dalam pesawat
tersebut ada ramai orang China dan ada antara mereka warganegara US dan
Australia.
99. Di dalamnya juga terdapat beberapa
orang yang sudah bersedia untuk merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang
cuba dibuat itu telah gagal.
100. Kerana itulah, Kapten Zaharie
telah dipanggil bertugas pada hari tersebut kerana dialah satu-satunya pilot
yang sangat berpengalaman dalam MAS.
101. Kapten Zaharie sebenarnya adalah
seorang yang sangat baik dan dia telah banyak berjasa kepada negara ini. Tidak
kira dia mati atau tidak, kita harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa
tinggi kerana telah cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh
pihak tidak bertanggungjawab.
102. Bukan kerana Kapten Zaharie
mempunyai peralatan simulator dirumahnya menyebabkan dia dituduh sebagai
perampas atau mahu bunuh diri atau bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk
melenyapkan pesawat.
103. Terus terang saya katakan, isu
MH370 LANGSUNG tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini
juga tiada kaitan dengan keahlian PKR Kapten Zaharie.
104. Isu MH370 juga TIADA kaitan
dengan hijack bertuntutan atau meminta ransom.
105. Isu MH370 ini juga TIADA kaitan
dengan Al-Qaeda dan Iran. Isu ini bukan isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk
menuding siapa salah siapa benar. Ini adalah isu global.
106. Benar kata-kata Hishamuddin
ketika press conference pada hari ke-11, isu ini adalah satu isu yang lebih
besar daripada isu politik dalam negara.
107. Percayalah, isu Iran – Syiah, isu
Al-Qaeda, isu kapten ahli PKR, isu Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah
saya nyatakan, semua itu sebenarnya hanyalah satu diversion dan juga satu
bentuk persediaan US untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.
108. Tunggulah sehingga rundingan
selesai barulah pesawat dilepaskan. Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak
dapat jawapannya kerana saya tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang
kenamaan sahaja yang layak berada disitu.
109. Bagaimana saya menerima segala
maklumat ini? Itu tidak perlu dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10
ayat pertama surah Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
110. Tetapi, saya juga tidak menafikan
sekiranya secara tiba-tiba pesawat MH370 dikatakan telah ditemui di koridor
selatan di sekitar kawasan Andaman atau Diego Garcia.
111. Maka, sekiranya perkara itu
berlaku, saya jawab awal-awal, itu hanyalah salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN
US untuk mengkaburi mata dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih
berada di LCS.
112. Sekiranya pesawat ditemui, tak
kira di LCS atau di Andaman, tiba-tiba ada skrip dan drama mengatakan bahawa
pesawat telah dihijack oleh pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah
Iran, maka saya tolak cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan
sebagai salah satu plan dan juga rancangan US untuk “menyelam sambil minum
air”. Dia sudah dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri….!
113. Seandainya berlaku cerita
mengenai pengganas, maka saya nafikan awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab
pengganas. Tetapi jika negara kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah
hakikat bahawa Malaysia memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir
lagi !
114. Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat
Top, Al-Maunah dan juga Dr Azahari. Kesemua nama-nama top wanted ini adalah
berwarganegara Malaysia. Tidak perlu bercerita mengenai perjuangan mereka,
kerana sekarang bukan masanya. Tetapi telah terbukti, sebenarnya Malaysia
sedang dalam jerat US dan kita menunggu masa untuk dikambinghitamkan.
115. Kerana itulah pihak kerajaan
telahpun bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan bagi mengelak US
mengkambinghitamkan negara kita sebagai hab pengganas lantas dihalalkan untuk
diserang. Tetapi saya TIDAK MENOLAK antara yang menjadi punca pesawat MH370
terjunam adalah berlakunya pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau
mungkin berlakunya letupan (kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan
MUNGKIN berpunca daripada kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.
116. Kerana itu jugalah timbul ura-ura
mengatakan MH370 hilang dek kerana penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie
telah berkomplot. Ini sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman
bagi mengelak pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.
117. Jika saya salah dalam susunan
kambinghitam ini, saya memohon seribu satu kemaafan daripada semua yang telah
saya seret dalam kenyataan saya. Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang
pasti, kerajaan kita tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan
kedaulatan kita diceroboh walau seinci.
118. Sama ada US, China, Vietnam,
Singapura atau Malaysia yang menjadi juara menemui MH370, ayuh sama-sama kita
nantikan. Berdoalah agar negara kita yang pertama sekali menjumpainya dan
berdoalah agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap negara kita
selepas insiden kehilangan MH370 ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong
jangan tanya saya bagaimana khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong
jangan tanya saya siapa dalang bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan
lain-lain persoalan berkaitan kerana pesawat pun masih belum dijumpai.
119. Kerana saya yakin, pihak US tidak
akan patah semangat untuk mengusik kita di negara ini jika mereka gagal
mendapatkan MH370 dan khazanah di dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan
marah terhadap kita jika MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita
akan benar-benar tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya. Saya
juga yakin, kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung tanduk.
120. Sesudah itu, ayuhlah sama-sama
kita meneruskan doa kita agar kita beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini.
Mati atau tidak bukan lagi persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan
negara dan masa depan kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah
kita semua nanti? Masih ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????
121. Sekali lagi buat kesekian
kalinya, saya menyeru kepada anda semua agar anda kembalilah mengamalkan apa
yang telah Rasulullah SAWAW ajarkan kepada kita bilamana dihadapan kita ada
fitnah yang besar. Amalkanlah membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10
ayat terakhir Surah Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari
fitnah dajjal pada setiap kali solat 5 waktu.
122. Sekarang, saya telahpun sampai
kepada persoalan terakhir…. Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???
123. Anda sendiri yang tentukan !
Syukur alhamdulillah, dengan limpah
kurnianya telah juga selesai artikel yang panjang lebar ini. Segala puja dan
puji hanya untukNYA. Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan
dilimpahkan ke atas sekalian Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang
masih ada di bumi bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta
kemakmuran buat kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita ke
Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu majlis zikir
yang berkah lagi aula untuk kita duduki. Semoga dengan berkat pada hari
tersebut, jawapan dan pengakhiran kepada semua episod misteri lagi duka MH370
ini akan berpenghujung dengan baik. Amiin….
Artikel saya telah tamat. JANGAN
percaya apa yang saya tuliskan kerana ini hanyalah tulisan saya semata-mata.
Saya tidak menyertakan apa-apa link rujukan bagi artikel ini, mohon maaf saya
pinta. Sekiranya kalian dapati artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya
telah silap dalam menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati
artikel yang saya tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan
sahaja.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian
daripada isi artikel ini telahpun saya kongsikan dan bincangkan bersama seorang
blogger terkenal di negara kita, tak lain tak bukan abang Shah Paskal daripada
blog MilitaryofMalaysia. Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang
lagi bermesyuarat untuk mencari dan meneliti setiap teori yang dikemukakan oleh
banyak pihak, lantas kami telah bersetuju dan bersepakat untuk menolak beberapa
buah teori yang tersebar sama seperti yang telah saya tuliskan di atas sana.
Untuk makluman juga, ini adalah
artikel terakhir saya berkenaan MH370 di blog ini sebelum pesawat ditemui. Saya
hanya akan menyambung penulisan saya berkenaan MH370 di blog ini setelah
pesawat ditemui atau pada 21 atau 24 Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu
baru pada tarikh tersebut. Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya
akan nukilkan artikel lebih awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat.
InsyaALLAH semoga saya dan bro Shah Paskal dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu
untuk terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap perkara yang
berlaku.
Terima kasih kepada semua yang sudi
membaca dan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terus sabar
menanti artikel baru daripada saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya
tidak minta untuk artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika
artikel ini telah membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk
kembali ke jalan yang benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan
ilmu baru disini, maka kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang anda
kenali.
Nota Kaki.
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi
Wasallam.
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
Interpol = International Police
MAS = Malaysian Airlines
PKR = Parti Keadilan Rakyat
LCS = Laut China Selatan
US = United States of America
TUDM = Tentera Udara Diraja Malaysia
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
Interpol = International Police
MAS = Malaysian Airlines
PKR = Parti Keadilan Rakyat
LCS = Laut China Selatan
US = United States of America
TUDM = Tentera Udara Diraja Malaysia
Wassalam.
SUMBER: DISINI
per yg ko merepek nie shaytan??
ReplyDeleteAnda boleh jadi tukang karut kumpulan dikir barat takpun boria sungai pinang....hehehe
ReplyDelete