Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana
disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan
warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi
sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai
Airways mendarat.
Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini
masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat
pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau
Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst
Komisioner Gan Kong Meng.
Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang
ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat
atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap
cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.
Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis
pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan
berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.
Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment