Tuesday, 24 September 2013

PANAS !!! CUBAAN SELUDUP ABU MAYAT CHIN PENG GAGAL





Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat. 

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas. 

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng. 

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara. 

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut. 

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang

Sunday, 22 September 2013

BEZA ZUHUD YB DATO' AHMAD MAZLAN DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG LAIN



Cuba pembaca sekelian bandingkan dua pemimpin pembangkang ni... makan kononnya zuhud tapi menunjuk kat orang. Dan CUBA bandingkan dengan seorang lagi pemimpin yang gambarnya dibawah... sapa yang agaknya lebih zuhud. Beza antara pemimpin pembangkang zuhud dengan pemimpin BN yang zuhud. Pembangkang zuhud menunjuk, YB Ahmad Maslan makan nasik bungkus pun tak menunjuk2.... yang mana lebih zuhud ??





Friday, 13 September 2013

PANAS !!! DOK KUTUK-KUTUK POLIS.....AKIHIRNYA TOKONG GUAN ENG CARI POLIS JUGAK


Lim Guan Eng tak percayakan Polis DiRaja Malaysia tapi bila kena ugut buat report Polis. Itu laa Guan Eng kan dah ludah kelangit masuk dalam lubang idung sendiri.... ekekekeke

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.
Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".
Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.
"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Sunday, 8 September 2013

PANAS !!! GUAN ENG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA DI HONG KONG



1. Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

2. The mistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

3. The mistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap. Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.

4. Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam. Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai “wira”. Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.

5. Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya  bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri  yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

6. Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong, beliau berkata:

“Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun. Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.”

7. Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. YAB Tuan Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.

8. Keduanya, pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai “tiada keikhlasan” dan “kemestian untuk menipu” untuk mengurangkan kos.

9. Bagaimanakah “pengakuan” sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?

10. Tuan Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

11. Setelah itu, dia menyambung pula:

“Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan.”

12. Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali. Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.

13. Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:

“Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

14. Di Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa.

15. Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF?

16. Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai “penny wise, pound foolish” dalam erti kata pepatah Inggeris  dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan extremisme, beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.

17. Lim Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja.

18. Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta “Malaysian Education Blueprint 2013-2025” yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


19. Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut. Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar “Tokong” ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan “falsampah” CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.


20. Lim Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?

21. Tidak sah lagi  CAT (“Cocky Arrogant Tokong”) ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia. 

Apakah agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.

22. Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.

Ingatlah wahai Lim Guan Eng, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”