1. Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP
dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam
keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri. Ada yang berlagak berani dan mencabar
kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula
mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan
macam-macam lagi.
2. Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua
mempunyai sifat dan sikap yang sama. Biarpun
pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara
bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah
apabila diancam. Ancaman pula bukan
sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang
lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.
3. Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi
agar jangan mendedahkan rakan sendiri.
Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi
menyelamatkan DAP. Mungkin juga akan
ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.
4. Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga
dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan
digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup
mulut. Malah, periuk nasi dan
perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.
5. Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng
dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli
sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.
6. Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima
segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.
Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini
benar-benar tidak cerdik orangnya.
Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko
memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat
kaum Cina berkuasa di Malaysia? Kenapa
perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?
7. Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu
menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan
Nasional? Bukankah kemewahan dan
kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?
8. Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa
Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia
berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?
Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan
agama Kristian.
9. Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia
kembali ke zaman kegelapan. DAP terkenal
dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup
dan samseng. Ugutan, ancaman, kilas
tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP. Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak
mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di
dalam DAP. Siapa yang mengkritik pula
akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.
10. Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan
menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat. Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina
sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka. Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan telah dipersetankan terus.
Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk
di bawah pemerintahan DAP?
11. Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu
ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata.
Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas
ahli dan pemimpin DAP. Malangnya,
walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih
DAP. Jelas sekali yang mereka lebih
rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil
semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.
12. Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan
penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri. Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap
Red Bean Army.
13. Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan
Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya. Red Bean Army kini dibiarkan membela diri
sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan
dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.
14. Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’
mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap. Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah,
tidak bekerjasama pun salah. Ditelan
mati diri, diluah pun mati juga.
15. Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban,
biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan
negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama
rasisme.
No comments:
Post a Comment