Saturday, 4 May 2013

PANAS !!! PR DAH PANIK: MULA MEROYAN DAN RANCANG HURU-HARA GUNA T-SHIRT BN





BN Akan Menang 147 Kerusi Parlimen, itulah yang disahkan oleh laman milik Azmin Ali, Suara Pakatan Rakyat.  Berita yang sama turut diterima dari sumber-sumber di sebelah Barisan Nasional. 
 
Setakat ini, BN dikatakan akan berjaya merampas kembali 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan selain mengekalkan negeri-negeri yang lain. Negeri yang masih 50-50 adalah Selangor manakala Pulau Pinang pula kelihatan masih sukar. 
 
Lebih menarik Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga dijangka kalah di kawasan masing-masing sekali gus memberi alasan yang lebih kukuh untuk mereka merusuh.  Sehubungan dengan itu, skrip yang lengkap dengan angka-angka terperinci bagi menjustifikasi bantahan terhadap SPR juga sudah disediakan. 
 
Untuk itu, ada juga yang memberitahu bagaimana mereka menempah baju Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.  Bendera-bendera kecil berwarna-warni dihias di beberapa kawasan sebagai menandakan tempat berkumpul
 
Laman-laman sosial juga banyak memperkatakan tentang keganasan yang melibatkan pembangkang di beberapa tempat.   
 
Jelas, bahawa maklumat mengenai kemenangan BN melalui demokrasi adalah maklumat yang boleh dipercayai.  Jika tidak, kenapa pembangkang perlu bersusah-payah menyusun atur sebuah rusuhan dan pemberontakan?  
 
Tindakan mereka bersedia untuk merusuh sebelum mengundi sudah cukup untuk membuktikan yang pembangkang sebenarnya ingin membunuh demokrasi di negara ini. 
 
Pada malam ini juga, khabar dari utara menyatakan puak-puak PAS sudah mula menunjuk lagak sambil meronda di jalanan dan membuat bising. 
 
Di masa yang sama, beberapa blog juga mendedahkan bagaimana beberapa bas dari Singapura telah bersedia untuk membawa masuk sejumlah orang yang disyaki sebagai pengundi hantu ataupun sebagai ‘tenagakerja’ untuk rusuhan.  Mereka-mereka ini akan ditempatkan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan akhir sekali di Kuala Lumpur.  Kesemua mereka adalah dari kaum Cina. 



Nampaknya mereka ini merupakan ‘pejuang-pejuang’ berani mati jika benar-benar bertekad untuk membuat perhimpunan dan seterusnya rusuhan.  Namun, tidak mustahil juga mereka-mereka ini sebenarnya tidak menjangka apa yang pemimpin mereka telah ‘aturkan’ untuk mereka.  Mungkin mereka menyangka yang mereka bakal berdemonstrasi aman dan tenteram, sepertimana demonstrasi ‘duduk bantah’. 
 
Mereka tidak tahu bahawa jika kerajaan tidak bertindak keras ke atas mereka yang berhimpun, maka pihak mereka sendiri yang akan memulakan sesuatu bagi memaksa rusuhan berlaku.  Mereka juga tidak tahu bahawa pemimpin mereka sudah bersedia untuk lari sementara mereka mengorbankan diri. 
 
Apapun, kita harap mereka-mereka ini akan berfikir dua kali sebelum mengikut arahan pemimpin mereka.  Tidak perlu menggadaikan nasib, masa depan, nyawa dan keluarga demi meletakkan pemimpin mereka di takhta. 
 
Hidup mereka hari ini bukannya susah, malah senang lenang dan selesa.  Jika pemimpin mereka menang pun, kemungkinan untuk hidup lebih senang selepas pemberontakan adalah 1% manakala kemungkinan untuk hidup lebih susah adalah 99%. 
 
Fikirkanlah, apakah anda benar-benar ingin meniti nasib yang sama dengan rakyat Mesir, Libya, Syria?  BN bakal menang 147 kerusi, maka terimalah hakikat itu sebagai seorang pendokong demokrasi yang sebenar-benarnya. 

Sementara itu....
 

Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
 
Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.
 
Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.
 
Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai.
 
Di beberapa kawasan tertentu pula terdapat bendera-bendera kecil berwarna warni dipacakkan yang mungkin menandakan itu adalah tempat berkumpul bagi kumpulan-kumpulan pengacau dari PR itu sebelum melakukan kekacauan.
 
Ia satu perancangan yang cukup jijik dan tidak gentleman, dulu bahana reformasi di Indonesia dijadikan panduan kini Arab Spring yang tidak mengikut lunas demokrasi pula dijadikan ikutan.
 
Golongan jahil minda, berjiwa kacau dan tidak patriotik ini sememangnya tidak layak untuk diberi tempat dalam masyarakat kita, jauh sekali untuk mendapat sokongan rakyat dalam menentukan hala tuju negara.
 
Jelas sekali PR berada dalam keadaan terdesak untuk melaksanakan "Malaysia Spring" yang diciplak dari "Arab Spring" dalam usaha mereka untuk merampas kuasa dan menidakkan pendirian majoriti yang cenderung untuk mengekalkan keamanan dan setia bersama BN.
 
Bagaimana pun, pihak berkuasa sedang memantau perkembangan ini dan pastinya mempunyai pelan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu. Sedangkan keganasan pendemo Bersih 3.0 dulu mampu dipatahkan jadinya masyarakat tidak perlu bimbang kerana keadaan tetap terkawal.
 
Di masa yang sama rakyat disarankan tidak melayan sebarang khabar angin sebaliknya sentiasa fokus mengikuti perkembangan semasa dari sumber pihak berkuasa.
 
Sama-samalah kita mendoakan hari pengundian esok berjalan lancar dan jangan lupa beramai-ramai keluar mengundi demi kebaikan negara ini dan nekadkan dalam hati dengan mengundi BN yang terbukti berjaya mengekalkan keamanan tanahair tercinta ini.
 


Awas!  Perusuh Akan Pakai Baju BN                                                      
 
Taktik Pakatan Rakyat untuk merusuh telah pun diketahui ramai.  Mereka memulakannya dengan provokasi seperti membelasah penyokong BN serta ‘menyerang’ bilik-bilik gerakan BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan. 
 
Semalam, terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor.  Difahamkan ia merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan. 
 
Selain itu, kita juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu Amerika, Australia atau satu lagi negara yang masih ‘agak’ rahsia. 
 
Sebelum semua ini terdedah, kita juga telah terlebih dahulu mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen, seperti mencari seorang yang menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam video aksi dengan China Doll.  Namun, taktik itu terpaksa dibatalkan kerana ‘mamat Thai’ tersebut jauh terlalu muda untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.  
 
Dua tiga minggu sebelum itu pula, para blogger telah terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama. 
 
Dan ternyata,  Anwar benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan bapanya. 
 
Kali ini, satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.  Tujuannya adalah untuk memburukkan BN, sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain.   Mereka menjangka, pergaduhan itu akan merebak dan ‘menjangkiti’ penyokong BN dan penyokong PR yang lain.  
 
Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan mereka.  Sangka mereka ia adalah satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan.  Dengan itu, kita menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara. 
 
Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya.  Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan, sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.  
 
Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang.  Biarkan mereka terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri.  Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang.  

No comments:

Post a Comment