1. Bila sebut nama Zainon Ahmad mungkin ramai yang tidak
mengenali beliau kerana beliau lebih sinonim dengan panggilan CM Afghani yang
menggemparkan PAS apabila bekas ahli PAS seumur hidup itu secara terbuka mempersoalkan
kepimpinan PAS mengenai kemana lesapnya wang tabung Memali.
2. Insiden Memali berlaku pada 19 november 1985, insiden
berdarah di Memali berlaku di Kampung Memali, Baling menyaksikan pertempuran
antara 200 anggota polis dengan 400 penduduk, yang didakwa pengikut Ibrahim
Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
3. Kejadian tersebut menyebabkan 14 orang awam dan empat
anggota polis terkorban manakala 159 lagi ditahan dengan 36 antaranya dikenakan
tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
4. Ekoran insiden tersebut PAS kemudiannya menubuhkan Tabung
Memali yang dikatakan akan digunakan bagi membantu balu, isteri, dan anak-anak
yang terjejas dengan insiden tersebut.
5. CM Afghani atau Cikgu Non kemudiannya bangkit mempersoalkan
kepada pemimpin ke mana hilangnya dana tabung tersebut, namun persoalan itu
masih dibiarkan terawang-awang tanpa jawapan, malah cabaran beliau untuk
berdebat bagi menegakkan keberan juga tidak dilyan pemimpin PAS.
6. PAS jelasnya perlu menyahut cabaran tersebut dan menjelaskan
dakwaan penyelewengan wang Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
7. Afghani sebelum ini pernah membongkar penyelewengan yang
dilakukan PAS dalam isu Tabung Memali ekoran ramai balu serta waris mangsa
insiden tersebut tidak mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.
8. Beliau juga turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan yang dilakukannya agar
pihak yang terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.
9. Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akibat terpengaruh dengan amanat Hadi
Awang juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama
enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)
10. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan beliau telah
dipecat dari Pas.
11. Meskipun pemimpin PAS menganggap beliau bukanlah nama besar,
dan tidak berpengaruh, tetapi perjuangannya turut mendapat perhatian ahli PAS
apabila 400 ahli PAS di Kuala Berang keluar parti secara beramai-ramai.
12. Amanat Hadi Awang dan penyelewengan Tabung Memali nyata
menggoyangkan PAS Kedah yang kini ditadbir Azizan.
13. Beberapa kejadian telah membuktikan betapa
pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh beliau tentang parti itu telah
membuatkan ramai penyokong serta ahli fanatik PAS membuta mata dan hati.
14. PAS perlu membuat penjelasan berkenaan tabung berkenaan dan
amanat Hadi yang nyata mengkucar-kacirkan masyarakat Melayu Islam di negara
ini, terutamanya pengikut PAS.
Ke mana duit hasil kutipan tabung berkenaan. Sehingga kini
masih menjadi tanda tanya ???
No comments:
Post a Comment