1. RM6 juta adalah sebahagian kos yang
dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang
menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan
pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana
harganya yang sangat mahal.
Petikan dari Mynewshub:
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat
adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah
pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke
RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,”
lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine
Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47,
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade –
RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas
ini.
2. Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian
adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila
kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu
24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.
3. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar
keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh
tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha
Reef.
4. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa
kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri
kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap
meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina
,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan
sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
5. Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut
telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak
dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka
tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin
Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian
bersedia untuk menembak pihak marin Filipina
6. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah
dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah
Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman
bukan dimedan perang.
7. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina,
terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat
dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang
menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak
dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal
USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
8. Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai,
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu
Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak
yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran
sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum
mereka menyusup masuk ke Sabah.
9. Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari
makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin.
Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu
membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.
10. Terkini wikileaks DISINI mendedahkan bahawa Nur Misuari
telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan
daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah
membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.
11. Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan
Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan
Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.
P/S: ” Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang
menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah
mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak
11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai
diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana
192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. “
kata dulang paku serpih
ReplyDelete