1. Laman Suara PR akhirnya
memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu
lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh
berbagai pihak.
2. Menurut laman tersebut,
Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di
hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti
Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan
terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.
3. Memetik laporan laman
tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau
meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
4. Nampaknya, dua perkataan
terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara
paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang
duduk. Mereka tertanya-tanya sesama
mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?
5. Ini kerana isu di sini bukan
‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.
Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar
telah meliwat.
6. Laman Suara PR sering
menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya
yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan
dengan idea Malaysia Malaysia DAP.
Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah
pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.
7. Secara dasarnya, PR adalah
parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu
nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat
berdolak dalih mengenainya.
8. Difahamkan laman Suara PR
diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat
Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu
menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa
laman itu adalah di bawah kawalannya.
9. Keputusan Anwar untuk
bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan
dua video disebarkan amatlah meragukan.
Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama
kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’
dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah
laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah
Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya
amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
10. Namun, laman tersebut tetap
menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang
katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’. Malah, kata penulis laman tersebut lagi,
‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang
Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
11. Untuk rekod, mangsa dalam
kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008,
dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah
dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan
Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang
meninggalkan Anwar.
12. Oleh itu, segelintir
pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini
dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat
ke atas pemimpin mereka itu.
13. Namun, suka atau tidak,
mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara
PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.
14. Untuk pengetahuan Anwar,
biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu
melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka
berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual
tegar.
15. Jelas, bahawa sokongan yang
diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat
dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama
liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar
mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.
16. Hakikatnya, Anwar adalah
seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya
apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan
tersebut.
17. Apapun, kita tunggu dan
lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri
jika beliau bercakap bohong. Tetapi,
jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi
hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
No comments:
Post a Comment