Tuesday, 12 February 2013

MH CADANGKAN ANAK CINA YANG HINA RAJA PERMAISURI AGONG DILUCUTKAN KERAKYATAN MALAYSIA





1. DAP sebagai sebuah parti yang dambakan negara republik, bukanlah satu rahsia.  Itulah ultimate goalnya sejak dulupun, nak merepublikan negara ini dan menghapuskan sistem beraja.

2. Walaupun tidak dinyatakan secara terang di dalam perlembagaan parti tersebut, tapi itu adalah agenda tersembunyi, kerana menghapuskan sistem beraja di negara ini menyalahi ketetapan dalam perlembagaan Malaysia, maka DAP menanam hasrat tersebut secara halus kepada orang cina dari masa ke semasa.



3. Dengan bantuan akhbar cina tertentu, pertubuhan pendidikan cina tertentu dan tertentu-tertentu yang lainnya.

4. Selain itu, banyak tindakan DAP yang anti raja boleh dilihat seperti dalam krisis kerajaan di Perak yang menyaksikan tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan haram ini setelah 3 ADUN pakatan tersebut menjadi bebas dan menyokong BN.

5. Sekarang, inilah hasilnya yang kita lihat semalam bila seorang ahli DAP bernama Leong Pei Koe yang bekerja di Singapura dan berpendidikan dari Scotland, menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Permaisuri Agung yang sedang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang.



6. Rupa-rupanya tindakan Lim Guan Eng menolak jemputan ke rumah terbuka BN sempena Sambutan Tahun Baru Cina kerana kononnya ingin ‘memberi keutamaan’ kepada ketibaan DYMM Permaisuri Agung, rupanya hanyalah satu alasan kerana yang sebenarnya dia hendak melihat sendiri perbuatan biadap tersebut dilakukan oleh ahli partinya.

7. Bolehlah tambah saham di kalangan orang cina bahawa Guan Eng adalah pejuang republik sejati.

8. Kita tahu Guan Eng akan nafi dengan menunjukkan perlembagaan parti tersebut yang tidak menyentuh perkataan republik.  Tapi macam penulis katakan, itu usaha halus, kalau tidak macam mana pulak orang seperti Leong Pei Koe ini boleh timbul?

9. Ayat yang digunakan Leong Pei Koe semasa berhadapan dengan pengawai pengiring DYMM Raja Permaisuri Agung iaitu “di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina”, adalah lebih kurang sama dengan ayat yang didakwa digunakan pelampau cina yang mencetus keganasan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969 dulu.

10. Semua ini cukup untuk membuktikan bahawa budak Leong Pei Koe ini adalah hasil didikan DAP sejak dulu, dia buat perangai itupun di Pulau Pinang, negeri yang diperintah DAP.  Komen-komen di facebook jangan cakaplah, ada yang kempen minta budak ini dijadikan calon DAP pun!!

11. Malah penulis ada bukti bahawa usaha-usaha sedang dijalankan oleh DAP untuk memberikan khidmat peguam percuma kepada budak ini, ini blog dia sendiri cakap, bukan blog UMNO pun.

12. Itu menjadikan, dalam tempoh kurang 2 minggu, ini kali kedua puak-puak yang ada kaitan dengan PKR, DAP dan PAS ini menyokong pelampau keganasan dan perkauman, kali pertama Yazid Sufaat, kali ini budak racist nama Leong Pei Koe ini pulak.

13. Sepatutnya budak ini dilucutkan kewarganegaraan, dan dia boleh sahaja menjadi rakyat Singapura, apatah lagi dia dah bekerja pun di republik tersebut.

No comments:

Post a Comment