1. Dawn Raid ialah pembelian/ pengambilalihan semua saham syarikat yang
jadi sasaran ketika pasaran mula dibuka. Teknik serbuan ini membolehkan pembeli
mendapatkan sebahagian besar saham syarikat sasaransebelum syarikat tersebut
menyedarinya.
2. Teknik ini telah digunakan oleh
Malaysia ketika cuba menguasai semula hak milik negara dengan membeli saham Sime Darby,
Gutrie dan Golden Hope ketika pasaran London Stock
Exchange (LSE) mula dibuka.
3.
Secara kronologinya pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli
perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime,
Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini berlaih kepada
kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.
4.
William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari
Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladangkopi. Henry
Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa
hartanah di utara Tanah Melayu.
5.
Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura.
Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie
memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di
Kuala Selangor.
6.
Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di
Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar
kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga
ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak
Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad
menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).
7. British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh
pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds
(Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979,
entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB)
digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.
8. Satu Operasi tentera yang diadaptasikan untuk
Dunia Korporat yang mengejutkan Dunia dan menjadi sejarah Peristiwa ini masih
diingati oleh dunia dan dikenali Dawn Raid Project atau "Serangan
Subuh."
9. Peristiwa ini BERLAKU pada 7 September 1981,
DUA BULAN selepas Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI. Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak
Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
10. Pada 1972, bawah Perdana Menteri Ke-2. Tun
Abdul Razak, PNB telah berjaya membeli syarikat perlombongan timah terbesar
dunia, London Tin Corporation.Tun Mahathir menolak kaedah berunding
untuk dapatkan syarikat kembali syarikat-syarikat ini. Rancangan diketuai oleh
bekas Gabenor Bank Negara dan Pengerusi PNB, Tun Ismail Ali yang merupakan
abang ipar Tun Mahathir (Abang Tun Siti Hasmah) selepas menerima arahan.
11. Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke
atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk
mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah
dirampas oleh British.
12. Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah
berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap
oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh
tanpa disedari sesiapa.
13. Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa
kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion
ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
14. Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang
berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik
Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi
pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat
bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa
Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
15. Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project
sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke
tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi
antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
16. Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman.
17. Setelah diaibkan atas kejatuhan Guthrie
kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan
mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British
perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa
tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh
Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan
Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen “Buy British
Last” dan memperkenalkan “Dasar Pandang Ke Timur” yang seterusnya menutup terus
mulut Britain pada masa itu.
Bravo..Pendekar moden,tak perlu angkat senjata.
ReplyDeleteAyahanda Tun M negarawan ulung ,pejuang sejati...
kenapa tak mention nama Tun Khalid MB Selangor sebagai salah satu anak melayu tu ?
ReplyDeletesebab dia yang diberi arahan je... bukan dia punya strategi pun...
ReplyDeleteerrr...estee8787...malu la komen cmtu...len kali kaji betul2 dulu ye sblm komen.. ;-)
Deletehttp://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/