1. Jumlah peserta yang jauh
dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan
Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.
Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah
petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.
2. HKR menyaksikan hanya 8%
dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot
sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah
kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat
lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.
Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR,
kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja
menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak
banner bertulisan Cina.
3. Kaum Cina dan India,
terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini. Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih
suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti
Himpunan Hijau. Manakala kaum India pula
telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor
dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR.
4. Bagi memahami situasi ini,
post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang
lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari
PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari
kaum Cina dan 7% dari kaum India.
5. Dapatan dari post-mortem tersebut
menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin
setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga
menyebabkan kekecohan. Dan kaum Cina,
terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.
6. Selepas BERSIH 3.0, ramai
dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang
dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya
ingin membuat kecoh.
7. Bermula dari situ juga ramai
di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari
maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan
kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH.
8. Bertitik tolak dari itu,
lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham. Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi
sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat
sebenar. Dari situ juga, lebih separuh
dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan
pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara
rasional.
9. Justeru, PR wajar menilai
semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR. Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang
mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja. Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam
HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik
Malaysia.
10. Mana tidaknya, jika antara
tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut
pilihanraya bersih. Sedangkan, apakah
layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika
pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara
terang-terangan? Dan apa pula ini,
yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin
menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih
tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang
dan kepala surat kerajaan Selangor.
11. Maka, nampak sangat bahawa
senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.
Lagipun, jika HKR dikatakan
berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah
selesai dengan jayanya.
12. Kini semua orang dapat
melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di
samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang.
13. Namun, dengan jumlah rakyat
yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun
ketika Ulangtahun UMNO, maka tiada
alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia
tidak menyebelahi mereka.
No comments:
Post a Comment