Thursday 10 January 2013

KENALI MAZHAB-MAZHAB TERKINI DALAM PAS






1. Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama.  Tetapi tahukah anda bahawa ‘agama PAS’ ini juga mempunyai berbagai mazhab?   Ajaran mazhab-mazhab di dalam ‘agama PAS’ ini pula berbeza mengikut ‘mood’ pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.  

2. Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan. 

Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung. 

3. Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah.  Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik.  Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.  

4. Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan ‘memancung’ kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.  

5. Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, “Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang.  Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990". 

6. Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu.   Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum.”

7. Kelonggaran pendirian ini juga selaras dengan mazhab Nik Aziz yang mana menyaksikan kemeriahan pembinaan patung-patung yang berbagai rupa dan kedudukan dan bersaiz gergasi selepas 1990.  Antaranya, Patung Buddha berdiri di Bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta mempunyai ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat.  Kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.   Selain itu, Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa.

8. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat pula, mempunyai ketinggian menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan. 

9. Suatu ketika, dunia dikejutkan dengan tindakan Taliban memusnahkan patung Buddha di Bamiyan.  Pantas, rakyat Malaysia mengaitkannya dengan mazhab Hadi dan mazhab Nik Aziz yang tidak menunggu lama untuk memusnahkan patung sejurus mendapat mandat dahulu. 

110. Namun, terbukti bahawa pendirian kedua-dua mazhab itu telah benar-benar berubah dan seiring dengan mazhab Azizan kini apabila Hassan Shukri, melalui Harakahdaily pada 25 Ogos 2001 menyatakan bahawa “mereka mahu memburukkan nama PAS seumpama Taliban di Afghanistan yang memusnahkan patung Buddha di Bamiyan sebelum ini.”  Jelas, PAS cukup terganggu dan tidak suka dikritik kerana menghapuskan patung-patung. 

11. Kerajaan Barisan Nasional, walaupun sering dituduh sebagai sesat dan tidak Islam oleh PAS tetap mengambil serius soal patung yang bertujuan untuk disembah iaitu syirik.  Oleh yang demikian, ketika pemerintahan BN di Kelantan, permohonan masyarakat siam untuk membina sebuah tokong gergasi pada awalnya tidak diluluskan oleh kerajaan negeri (BN) memandangkan saiz yang dicadangkan terlalu besar dan tinggi. Namun setelah dirayu berkali-kali dan mengambil kira kebebasan beragama, maka akhirnya pembinaan tokong itu diluluskan dengan beberapa syarat, iaitu ia mesti dibina dalam bentuk berbaring, tidak boleh dalam bentuk menegak seperti cadangan asal dan mestilah terlindung supaya tidak mengganggu masyarakat melayu/islam di sekitarnya.

12. Namun, semua syarat-syarat ini jelas tidak relevan dalam agama PAS pada hari ini kerana membiarkan patung agama Buddha dibina tanpa syarat khas selain menyokong PAS dalam pilihanraya. 

13. Hari ini, kita melihat ketiga-tiga mazhab PAS itu telah sepakat bahawa ‘patung’ bukan lagi masalah dalam ‘agama PAS’ sekali gus, soal syirik yang disebut dalam Islam adalah tidak timbul langsung.  Penganut PAS tidak pernah mempersoalkan perkara ini, dan cukup akur dengan apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.  Sama seperti masalah berkenaan bekerjasama dengan bukan Islam, undang-undang sekular, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya di mana dahulu haram, sekarang halal belaka.  

2 comments:

  1. Salam,
    Link hebat blog tuan sudah kami pautkan. Mohon pautkan link kami www.mukapetang.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana telah pautkan link blog saya kepada blog tuan/puan. Saya dah pun pautkan link blog tuan/puan

    ReplyDelete