1. Mengenai
isu harga minyak, kami mempunyai penjelasan kami sendiri. Kenapa harga minyak di
Malaysia mahal. Pertama, benarkah bahawa harga minyak di Malaysia itu mahal?
Jadi, untuk mendapat tahu mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari
kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain.
2. Pertama, memandangkan Malaysia ini berada dalam
ruang lingkup Asia Tenggara, kita buat dahulu perbandingan awal antara Malaysia
dan negara-negara asia tenggara yang lain.
3. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol
paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95,
manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga
RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
4. Malaysia masih termurah antara negara-negara lain
di Asia Tenggara. Kenapa Brunei mahal? Jangan jadi bodoh macam rakan kita di
seberang sana. Guna akal, jangan bandingkan epal dengan durian macam si Bawani.
Brunei, negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali
ganda lebih kecil dari Malaysia. Jadi, minyak yang ada di negara mereka
sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan
mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak.
5. Dan, ada yang mengatakan kenapa bandingkan Malaysia
dengan negara-negara asia tenggara? Kenapa tak bandingkan dengan negara
pengeluar minyak yang lain? Itu cadangan yang genius. Mari kita buat
perbandingan kita.
6. Malaysia untuk pengetahuan sahabat semua,
sebenarnya tidak layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum
Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana
kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya.
7. Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak
Malaysia dengan negara-negara yang dibandingkan oleh puak pembangkang dengan
jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, kita ambil Qatar yang harga minyaknya
hanyalah 0.82 sen, menurut duit Malaysia. Ada yang mempertikaikan kenapa Qatar
mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Malaysia selaku
negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Qatar.
8. Sekali lagi saya tekankan, jangan tertipu dengan
taktik mereka. Macam yang saya tegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada
OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita
tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Qatar mengeluarkan 1125.46
ribu tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 703.92 ribu tong
sahaja.
9. Kenapa kita tak bandingkan sahaja Malaysia dan
Indonesia yang hampir berkongsi amaun yang sama dalam pengeluaran minyak. Ehh,
tak, Indonesia jauh meninggalkan kita dengan 1043.14 ribu tong, hampir sebanyak
Qatar. Tetapi, lihat sahaja harga minyak di negara mereka, yang mencecah 3.18
sen bagi kategori Ron 95.
10. Ambil India, yang amaunnya hampir sama dengan kita,
di mana India mengeluarkan 881.11 ribu tong sehari, tetapi harga Ron 97 mereka,
mencecah 4.57 sen, dua kali ganda daripada kita.
12. Ambil contoh Argentina, di mana harga minyak di
negara mereka mencecah 2.99 sen, walaupun mereka mengeluarkan 787.17 ribu tong
minyak sehari.
13. Ada yang bising kenapa bila harga minyak dunia
turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang aje. Pernah
dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi
terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat
deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak
yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.
14. Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat
bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya,
berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh
digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik.
15. IMF telah mengeluarkan sebuah kertas kerja. Kertas
kerja yang diterbitkan pada 2007 itu mengatakan bahawa, untuk setiap 1 unit
sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau
lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga
mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi
dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan
kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
16. Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap
sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times,
subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi
kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.
China merupakan contoh negara yang menaikkan harga minyak dunia. Apabila China
memotong subsidi, harga minyak dunia serta mereta turun.
17. Dan untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan
negara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia, serta di kedudukan ke dua
mempunyai subsidi tertinggi. Malaysia dilaporkan telah sebanyak 2.4% daripada
KDNK semata-mata untuk subsidi minyak. Menurut majalah The Economist, pada
tahun 2008 meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 membelajankan subsidi
minyak untuk rakyatnya.
18. Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak
kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia
seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh
kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.
Kredit sumber: FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Salam!!Tahniah BROOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!pendedahan yang baik...!!!
ReplyDelete