Tuesday, 18 December 2012

BONUS: NAJIB RAZAK HANYALAH ASBAB, ALLAH YANG MEMBERI REZEKI ITU





“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Toha: 132)

1. Semalam 17hb Disember 2012 Kakitangan Kerajaan Malaysia telah menerima setengah bulan lagi bonus seperti yang dijanjikan dan bakal menerima setengah bulan lagi pada gaji bulan Januari 2013 sepertimana termaktub didalam pembentangan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak terkecuali bonus ini juga turut diterima oleh pesara-pesara kerajaan. 

2. Seperti mana yang ditohmahkan oleh pecacai-pecacai pembangkang bonus ini merupakan gula-gula Kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 ramai yang menjuihkan bibir dan mengutuk menerima bonus ini. Dalam menjuihkan bibir dan mengutuk ambik jugak buat makan anak bini. 

3. Seperti biasa setiap kali selepas solat waktu kita akan berdoa kepada Allah SWT. Antara permohonan kita adalah kita berdoa agar dimurahkan rezeki. "sekiranya rezeki aku itu dari langit, Kau turunkan kepadaku Ya Allah, sekira rezeki aku itu dari perut bumi Kau keluarkan kepadaku Ya Allah dan sekiranya rezeki aku itu dari laut dan sungai Kau alirkan kepada Ya Allah". Demikianlah bait-bait doa yang kita pohonkan kepada Allah SWT. 

4. Tetapi manusia tetap manusia yang mudah lupa dan Tun Dr Mahathir pun pernah berkata MELAYU  MUDAH LUPA". Dalilnya adalah dari Surah Yunus ayat 12 "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan , merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), samaada ia sedang baring atau duduk ataupun sedang berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Sebagaimana ia memandang elok bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".   


5. Allah SWT Yang Maha Mendengar telah memakbulkan permintaan hambaNya yang terpilih di Malaysia dengan mengilhamkan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak agar diberikan bonus kepada kakitangan kerajaan, pesara-pesara kerajaan, Baucar Buku 1Malaysia, Baucer Rakyat 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100 dan bermacam-macam lagi. Dan tatkala Allah memberikan rezeki ini,  kita pulak menjuihkan bibir mencaci maki rezeki Allah itu jauh sekali untuk kita bersyukur dan berterima kasih. "Tidak bersyukur seseorang kepada Allah barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia' Imam Ahmad dan Al-Bukhaari. Inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah kepada kita. 

6. Akhir kata PM Najib Razak hanya asbab (penyebab) kepada rezeki yang kita terima ini dan Allah SWT yang memberi rezeki ini kepada kita setelah mendengar rayuan dan rintihan kita. Mengapa kita harus menjuihkan bibir dan mengutuk kepada rezeki ini tanpa mengucapkan rasa syukur? 



No comments:

Post a Comment