Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku
kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang
jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.Contohnya, jika
ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku
disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari,aku
mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat
kain pelikat tok imam tersepitdi celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin
membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus
memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan
semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.
Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana
turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam
menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat
punggung aku dirotannya.
Moral Cerita: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Moral Cerita: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Kredit: Sahabat FB
No comments:
Post a Comment