1. Pendakwaan juruukur bahan,
Ahmad Abd Jalil atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim
menerusi laman sosial Facebook bukanlah satu kejutan mahupun suatu perkara
baru.
2. Gejala menghina institusi
raja-raja Melayu sudah menular di kalangan penyokong-penyokong pakatan
pembangkang sejak mutakhir ini.
3. Mereka giat menjalankan
kegiatan anti-raja melalui ruang-ruang siber yang sediada seperti facebook,
blog, twitter dan sebagainya.
4. Jika dibaca komen-komen yang
menghina peribadi raja-raja dan institusi yang mereka wakili, tidak disangka
kebanyakannya datang dari individu-individu Melayu yang sudah tersimpang jauh
daripada nilai-nilai jati diri bangsa mereka sendiri.
5. Kalau sebelum munculnya
Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, amat jarang sekali didengari
suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.
6. Namun penyakit ini nampaknya
berleluasa dan menjadi ikutan pendokong pembangkang setelah mereka melihat gelagat
beberapa tokoh pembangkang yang begitu berani menyanggah sultan secara terbuka
dan terang-terangan.
7. Rakyat tidak lupa episod
hitam di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 apabila
sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat menahan, menyerbu dan menyergah kereta
rasmi Raja Di Hilir Perak dengan cara kasar.
8. Ini terjadi berikutan seruan
sembah derhaka Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak ketika kerajaan negeri
Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan akibat tindakan tiga ADUN mereka melompat meninggalkan
parti masing-masing.
9. Perbuatan menghina Sultan
Perak diteruskan pula oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang dituduh
mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap baginda di pejabat firma
guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Februari 2009.
10. Karpal didakwa berkata
pemecatan Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry
Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikai di mahkamah.
11. Gejala menghina serta
mempertikaikan bidang kuasa sultan juga merebak di Selangor apabila Ahli Dewan
Undangan PKR kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei
didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan kerana
tulisan di blognya pada 30 Disember 2010 lalu yang menyentuh sultan.
12. Tidak cukup dengan itu
profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Aziz Bari yang
pro-pembangkang menyerang institusi raja apabila mempertikakan kuasa Sultan
Selangor berkaitan urusan undang undang Islam.
13. Aziz bari menyifatkan Sultan
Selangor telah memperluaskan kuasanya dalam mengawal hal ehwal Islam berhubung
pemerikasaan JAIS ke atas gereja DUMC di Damansara Utama Ogos 2011.
14. Sebelum kes menghina Sultan
Johor membabitkan Ahmad, pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas
atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers juga ditahan polis untuk siasatan
berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi,
hasutan dan mengaibkan baginda.
15. Melakui blognya,
uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah bukan sahaja mengaibkan sultan malah
turut membabitkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan
Johor.
16. Sebelum itu juga polis telah
menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" pada 22 Disember
2010 yang diburu selama empat bulan kerana menyiarkan komen menghina institusi
diraja Johor.
17. Menurut pihak polis akaun
facebook itu diwujudkan selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar
Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010.
18. Penulis blog Aduka Taruna
melalui blognya adukataruna.blogspot.com juga telah didakwa menghina Almarhum
Sultan Iskandar Shah selepas pihak istana mengumumkan kemangkatan baginda.
19. Tidak serik dengan sembah
derhakanya kepada Sultan Perak, Nizar pula celupar memberi komen dalam akaun
twitternya yang mendakwa Sultan Johor melakukan pembaziran membeli sekeping
plat kenderaan bernombor WWW1.
20. Kesemua kes yang disebutkan
merupakan sebahagian kecil daripada banyak insiden yang tersebar luas di dalam
dunia siber yang mempermain-main dan memperkecilkan institusi beraja di
Malaysia.
21. Baca sahaja laman blog
tukartiub kendalian sahabat baik Anwar Ibrahim yang bernama Hishammudin Rais
yang penuh dengan kata-kata kesat dan menghina raja-raja Melayu.
22. Mungkin memori seorang
pemuda Cina yang berasal dari Muar, Johor bernama Namawee yang menghina lagu
kebangsaan Negaraku pada 2007 di youtube masih segar di minda rakyat.
23. Empat tahun kemudian?
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajarnya mengubah
lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman
sosial Facebooknya.
24. Pelajar yang mengguna nama
Mohd Farizal dalam statusnya, didakwa mengubah lirik lagu kebangsaan dengan
mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
25. Jika perbuatan ini tidak
dibendung segera, dikhuatiri orang bukan Melayu akan juga terangsang untuk
turut serta bersama-sama penyokong-penyokong pembangkang memperlekehkan
institusi raja yang sudah sebati dengan sejarah panjang dunia Melayu dan banyak
berjasa dalam perkembangan Islam di rantau ini.
26. Di manakah letaknya nilai
jati diri seorang yang bernama Melayu jika tidak mendokong dan mempertahankan
institusi yang memberi pengertian sebenar dalam hidupnya?
27. Hanya penyokong pembangkang
yang hilang pedoman dan mempunyai jiwa yang rosak sahaja yang sanggup
meletakkan emosi mereka dikawal nafsu untuk melakukan penghinaan terhadap
raja-raja Melayu.
ends
Salam,
ReplyDeleteNak tanya, mana nak dapat sumber gambra asal barisan raja-raja Melayu dalam blog saudara ini. Saya ada keperluan utk menerbitkannya semula. Mohon bantuan malumat. TK
malaysie ni negara SAMPAH!!!
ReplyDeleteORang - orang nye pun bodoh - bodoh
banyak makan tahi gitu lah