oleh: Tun Dr. Mahathir Mohamad
Kali pertama saya berasa sakit dalam dada adalah
kira-kira sebulan sebelum mengalami serangan jantung pada 1989. Bagaimanapun
waktu itu, saya tidak mengendahkannya. Saya berada di Genting Highlands bagi
menghadiri perjumpaan alumni Kolej Perubatan King Edward VII. Ramai rakan
sekelas dan anak-anak mereka hadir serta bergembira. Saya sedang memerhatikan
mereka
apabila beberapa orang anak
muda menarik saya ke lantai tarian. Sewaktu menari, saya berasa sesak nafas dan
sakit dada, tetapi kesakitan itu hilang apabila saya duduk. Keesokannya, saya
menunggang kuda dan sekali lagi berasa sesak nafas dan sakit dada. Saya tidak
mahu menerima keadaan itu sebagai tanda-tanda serangan jantung, jadi saya tidak
memberitahu sesiapa dan berharap masalah itu akan berlalu sendiri. Walaupun
kita seorang doctor dan tahu tanda-tanda penyakit, kita lazimnya enggan mengaku
yang kita mungkin ada masalah berkenaan.
Ketika itu, saya tidak membuat pemeriksaan kesihatan berjadual. Saya cuma ingat pernah sekali menjalani pemeriksaan rapi di London atas nasihat doktor apabila mengalami sedikit masalah tekanan darah. Ia benar-benar mengganggu sebab pemeriksaan itu mengambil masa yang lama dan saya dipaksa mengguna mesin pengukur denyutan jantung, iaitu ECG yang membonjol di pinggang saya. Lebih-lebih lagi apabila menghadiri satu majlis makan malam dengan membawa mesin itu sehingga nampak seolah-olah saya menyelitkan pistol di pinggang.
Sebulan selepas perjumpaan di Genting Highlands, saya bersama-sama Hasmah dan suami Marina makan malam di sebuah restoran Thai di The Mall bagi meraikan hari jadi Mokhzani walaupun dia sendiri tidak hadir. Kami sepatutnya berempat, tetapi Marina juga tidak dapat datang. Jadi yang ada hanya Hasmah, Didier (bekas suami Marina) dan saya. Bagaimanapun, kami sudah menempah makanan untuk empat orang dan saya akhirnya makan bahagian yang sepatutnya dimakan oleh Marina – mungkin disebabkan kesempitan hidup pada zaman perang menyebabkaan saya tidak suka membazir makanan. Apabila kami sampai di rumah, saya mula rasa sakit di dada dan kesukaran bernafas seperti sebelumnya. Kali ini, kesakitan itu tidak reda. Saya cuba baring dan duduk, tetapi masih berasa sakit. Hasmah menelefon seorang pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur, iaitu Dr Jimmy Eapen. Beliau rakan sekelas saya di Kolej Perubatan. Hasmah memberitahunya tanda-tanda masalah yang saya hadapi dan Jimmy datang serta-merta. Beliau membuat diagnosis yang saya mengalami serangan jantung, tetapi beliau perlu pulang ke rumah untuk mengambil mesin ECG mudah alih. Apabila mesin itu mengesahkan yang ia memang serangan jantung, saya serta-merta dibawa ke hospital. Saya fikir saya boleh berjalan, tetapi mereka mendesak supaya saya menggunakan kerusi roda.
Saya sepatutnya sudah tahu yang ia adalah serangan jantung kerana tanda-tandanya memang jelas. Sakit dada dan sesak nafas yang saya alami ketika menari dan menunggang kuda sebelum itu menepati tanda-tanda serangan jantung. Serangan jantung juga boleh dicetuskan oleh kebimbangan mengenai perjalanan yang jauh atau terlalu banyak makan. Memang pada malam di restoran Thai itu saya makan berlebihan. Saya sepatutnya tidak mengabaikan kesakitan kali pertama dan segera menerima hakikat yang saya sebenarnya mengalami serangan jantung.
Saya dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam 17 Januari 1989. Di sana, Datuk Dr Robaayah Zambahari mengesahkan yang saya diserang sakit jantung dan memberikan satu suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Beliau kemudian memberitahu Hasmah agar menghubungi semua anggota keluarga kami dan ini menyebabkan kami sedar betapa seriusnya keadaan waktu itu. Beliau juga menghubungi Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku.
Selepas selesai pemeriksaan biasa, mereka memutuskan bahawa saya perlu menjalani ujian angiogram, iaitu pemeriksaan radiografi ke saluran jantung sejurus selepas disuntik bahan radiolegap ke saluran darah. Kebetulan, Dr Simon Stertzer, pakar jantung dari California berada di rantau ini lalu beliau diminta hadir ketika ujian angiogram dijalankan. Dr Stertzer dan Dr Robaayah merumuskan bahawa saya mengalami serangan jantung yang memerlukan pembedahan. Mereka memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr Rozali Wathooth telah berjaya melakukan pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Tan Sri Dr Yahya Awang. Saya tahu Dr Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.
Sebagai seorang doktor, saya maklum risiko pembedahan tersebut. Saya sedar kemungkinan yang saya tidak akan selamat daripada pembedahan kerana waktu itu ia bukanlah prosedur biasa. Orang ramai masih takut untuk membenarkan doktor membelah dada mereka dan melakukan sesuatu ke atas jantung mereka. Saya meyakinkan diri bahawa kalau memang sudah ditakdirkan saya akan mati, apa yang boleh saya lakukan. Saya menyerahkannya kepada Allah SWT dan kemahiran pakar bedah. Bunyinya mungkin agak dramatik sekarang kerana ramai pesakit yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung. Namun sebaik sahaja saya menerima hakikat kematian, saya berasa cukup tenang.
Saya berehat selama empat hari sebelum menjalani angiogram yang mengesahkan bahawa saya memerlukan pembedahan. Dr Stertzer sekali lagi memberi pilihan kalau saya mahu menjalani pembedahan di California, Amerika Syarikat walaupun beliau sendiri mengakui yang Dr Yahya juga sama cekap dengan mana-mana pakar bedah di Amerika. Apabila tinggal saya dan Hasmah di dalam bilik, saya meminta Hasmah memanggil Dr Yahya. Sebaik sahaja Dr Yahya masuk, tanpa banyak bicara saya terus memberitahunya yang saya mahu beliau melakukan pembedahan. Saya kenal rapat dengan ayah beliau, Dr Awang yang juga adalah seorang doktor yang baik dan menjadi Ahli Parlimen serentak dengan saya pada 1964-69. Sewaktu saya diserang sakit jantung, Dr Awang sudah pun menjadi Gabenor Pulau Pinang.
Kemasukan ke hospital menghalang saya daripada menghadiri mesyuarat mingguan kabinet setiap Rabu. Doktor juga memberi amaran yang saya tidak boleh menerima pelawat, dan Hasmah memutuskan yang beliau sendiri akan memantau arahan itu. Ramai orang datang dan mendesak agar dibenarkan menjenguk saya, tetapi Hasmah sangat tegas. Beliau hanya membenarkan beberapa orang sahaja mengintai saya dari luar bilik ketika saya terbaring kerana diberi ubat pelali. Ada satu pilihan raya kecil waktu itu dan khabar angin tersebar luas mangatakan saya sakit tenat. Malah ada yang berkata bahawa saya sudah mati. Hasmah tidak pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa. Dr Robaayah menawarkan untuk memberi beliau ubat tidur pada malam pertama saya dimasukkan ke hospital, tetapi beliau bertekad untuk berjaga bagi memastikan tidak ada sesiapa datang mengganggu saya.
Pada malam sebelum pembedahan, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew membuat panggilan telefon kira-kira jam 10. Beliau amat bimbang dan bercakap dengan Hasmah kerana waktu itu saya sudah pun diberikan ubat sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Lee meminta Hasmah supaya memujuk saya menangguhkan pembedahan sebab beliau ada menyediakan sepasukan ahli perubatan untuk terbang ke Kuala Lumpur. Pakar bedah terkemuka, Dr Victor Chang, seorang rakyat Singapura menetap di Australia dicadangkan untuk melakukan pembedahan itu. Menurut Lee, Dr Chang mempunyai pengalaman cukup luas setelah melakukan lebih 1,000 pembedahan jantung. Lee kemudian bertanya Hasmah siapa yang akan membedah saya. Hasmah menyebut nama Dr Yahya yang Lee tidak pernah dengar, dan Hasmah memberitahunya bahawa saya sudah pun membuat keputusan dan ahli keluarga bersetuju dengan saya. Hasmah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan berjanji akan menghubunginya apabila pembedahan selesai. Hasmah tahu bahawa sekali saya sudah membuat keputusan, saya tidak akan mengubahnya. Apa yang saya ketahui kemudian adalah Lee bukan sahaja menghubungi Hasmah, malah beliau turut meminta Tun Daim Zainuddin agar memujuk Hasmah. Walaupun kami mempunyai banyak perbezaan pendapat untuk sekian lama, saya amat menghargai sikap ambil berat beliau itu.
Tiga anak lelaki kami berada di luar Kuala Lumpur ketika itu manakala Marina pula di Singapura. Ineza, anak perempuan Marina sedang tidur di dalam buaian di bilik kami. Dalam tergesa-gesa hendak membawa saya ke hospital, Hasmah hampir meninggalkan cucu kami terkunci di dalam bilik. Nasib baik pada saat akhir Hasmah teringat lalu memindahkan buaian Ineza ke biliknya. Marina dan Mokhzani yang ketika itu berada di Miri terbang pulang keesokannya. Mukhriz pula di Boston manakala Mirzan di Philadelphia, Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka sempat pulang sehari sebelum pembedahan. Sejurus sebelum pembedahan, pihak hospital membawa masuk Hasmah dan anak-anak kami seorang demi seorang untuk mencium saya. Itulah kali pertama saya melihat Hasmah menangis.
Masalahnya sebagai doktor, kita tahu apa yang akan dilakukan ke atas kita sewaktu pembedahan. Dalam pembedahan jantung, mereka akan menghentikan fungsi jantung dan paru-paru serta mengalirkan darah kita melalui mesin jantung dan paru-paru. Saya kurang senang dengan kaedah itu, terutama kerana prosedur tersebut masih baru dan peralatan yang digunakan tidaklah secanggih hari ini. Tun Hussein Onn menjalani pembedahan pintasan koronari di London dan beliau tidak pulih sepenuhnya selepas itu. Seorang lagi orang kenamaan yang turut menjalani pembedahan seperti itu ialah Datuk Jaafar Hassan, bekas Menteri Besar Perlis. Beliau meninggai dunia tidak lama kemudian. Saya bertanya Dr Yahya bagaimana beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan gergaji elektrik. "Terima kasih banyak-banyak," jawab saya, sambil menambah: "Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi."
Mereka mengangkat saya ke atas troli dan menolak ke dewan bedah. Saya masih dapat melihat samar-samar siling hospital sewaktu melalui koridor dan memasuki ruang tara bersebelahan dewan bedah. Saya dapat mendengar kata-kata perangsang daripada pakar bius yang sedang membius saya. Kemudian saya diangkat ke atas meja bedah dan disuruh mengira ke belakang bermula angka 10. Apabila sedar, saya sudah berada di bilik pemulihan. Dari aspek itu, pembedahan moden adalah satu ketakjudan.
Pembedahan mengambil masa kira-kira enam jam walaupun saya berasa tidak lebih dua saat sahaja. Keluarga sayalah yang terpaksa menunggu penuh debaran. Doktor mengambil urat dari kedua-dua kaki saya untuk membuat lima saluran pintasan. Dr Yahya dan Dr Rozali serta pembantu-pembantu mereka melakukannya dengan baik sekali dan tidak berlaku sebarang kerumitan. Hari ini, pembedahan terbuka seperti itu tidak diperlukan sangat kerana teknik angioplasti, iaitu perluasan semula saluran darah yang berpenyakit atau rosak dengan menggunakan sejenis dawai, lebih mudah dan kurang berbahaya. Selain itu, kawalan pemakanan dan senaman boleh mengurangkan kemungkinan berlaku aterosklerosis di mana saluran darah ke jantung menjadi sempit dan memungkinkan serangan jantung. Ada pihak berpendapat bahawa amalan pemakanan yang sihat boleh menyembuhan aterosklerosis, dan inilah yang sedang saya cuba amalkan sekarang…

Allahuakbar.. Ujian hebat untuk orang yang hebat.
ReplyDeleteYang pasti semua ujian ada ganjaran pahala & penghapus dosa.
Jemput singgah blog saya:
http://pearlvta.blogspot.com