Wednesday, 12 September 2012

PAS FOR ALL, SEMUA BOLEH: APABILA KHATIB PAS BERDUSTA ATAS NAMA RASULULLAH SAW





Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang mutawatir: 

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.



Kejadian berlaku di Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012. Seorang khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najah Qariah Padang Serai, Kulim, ketika membaca khutbah Jumaat dari kepalanya sendiri dan mengenepikan teks dari Majlis Agama Islam Kedah, secara terang-terangan menipu atas nama Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, bagi para jemaah yang kurang mempunyai pengetahuan agama, atau taksub membuta tuli, khutbah yang disampaikan itu barangkali ditanggapi sebagai satu kebenaran hakiki. 





Dalam khutbahnya, khatib jemputan yang dikenali sebagai MOHD HAFIZUL menyatakan dia ingin berkongsi mimpi Mursyidul Ikhwan (Ikhwanul Muslimin – pen) serta beberapa orang ulama di dalam kumpulan tersebut. Kononnya mereka telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Di dalam mimpi berkenaan, ada berlaku soal jawab antara mereka dengan Rasulullah s.a.w;
"Islam akan menang di ASEAN," kata Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada Nabi s.a.w, "Islam akan menang di ASEAN itu di mana?" Kata Nabi s.a.w, "Islam akan menang di Malaysia." Mereka tanya lagi, "Islam akan menang di tangan siapa?" Dijawab oleh Nabi s.a.w, kata Baginda Rasulullah s.a.w, "Islam akan menang di zaman… ANWAR IBRAHIM."



Inilah yang BERDUSTA atas nama Rasulullah SAW 

BIODATA KHATIB PENJILAT:
NAMA PENUH: MOHD HALIZAL BIN ALLIAS
NOMBOR KAD PENGENALAN: 830121-09-5185
KERJAYA: BEKAS GURU TAHFIZ SAINS AN NAJIHIN, KULIM



Si khatib itu barangkali enggan dilihat atau dituduh berbohong, lantas menyandarkan hujahnya kepada Mursyidul Ikhwan dan tok-tok guru ulama Ikhwanul Muslimin kononnya mereka yang bermimpi. Bukan dia yang bermimpi. Dia sekadar menyampaikan. Penyampaiannya pula tidak bersanad. Tidak ada asal-usul, sekadar memberitahu secara umum. 
Terdapat beberapa buah hadis yang secara jelas, kelaknatan atas golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w. 
Maksud hadis: 'Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka hendaklah dia menempatkan tempat duduknya di Neraka,' (Riwayat Jama'ah daripada Abu Hurairah r.a.). Baca disini  sambungannya 

Komen MH: Renung-renungkan Hadis Baginda Rasulullah SAW dibawah

Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
(Daripada Abu Hurairah r.a - Riwayat Tarmizi).

Huraian:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Wallahu'alam.

(Sumber: Ustaz Abu Ali Al Banjari An Nadwi  dalam bukunya 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman).

KESIMPULANYA 

No comments:

Post a Comment