1. Laporan kewangan
Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan
Negeri masih mendiamkan diri.
2. Beliau
berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah
ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011
lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak
Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.
"Disebabkan
Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil
membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010
menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55
juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.
"Universiti
ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40
juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48
juta bagi 2010.
"Bagi
2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu
meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.
"Mana
hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis
kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi
Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat
disini semalam.
3. Hadir
sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias
dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.
4. Mengulas
lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,
kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit
sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.
"Apabila
saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai
lalu, masa itu Meteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya
belajar akaun dengan dia.
"Sekarang
sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih
belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang
turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu
rakyat negeri itu.
Noh
turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan
Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini.
No comments:
Post a Comment