1. Biasanya apabila sesuatu binaan atau
bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong
pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut
sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
2. Namun bilamana sebuah masjid di
Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula
petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat
yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
3. Takkanlah pula disebabkan kubah
masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik
penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya
sebagai takdir semata-mata?
4. Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port
Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah
sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda
kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.
5. Manakala keruntuhan bumbung Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah
dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap
MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan
sesuatu projek.
6. Kenapa tidak kali ini, peristiwa
kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh,
Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik
Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith
untuk kepentingan politik parti.
7. Barangkali juga, kubah uzur yang
jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab
menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya
akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.
8. Hakikatnya, bala atau petanda, ujian
atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita
boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu
tentukan.
9. Tatkala tokong berhala besar di
sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan
saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan
yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal
pula dilaksanakan.
10. Yang pastinya, masjid yang telah
dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS
dalam menjaga rumah Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment