1. Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa
mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar
semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah
besar.
2. Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau
meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak
boleh ditutup selama-lamanya.
4. Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak
dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga
berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji. Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap
haribulan ada yang muflis. Soalnya, jika
ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?
5. Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa,
berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak
Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah
melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.
6. Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan. Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki
Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr.
Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’
kerana mengkritik Rektor.
Bukankah ini kezaliman yang nyata?
7. Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka
demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama
untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat. Selain itu, kakitangan juga memohon agar
hutang mereka dilangsaikan.
8. Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga
sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini,
masih tiada penyelesaian?
9. Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi
yang perlu para kakitangan ini mengadu?
Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong?
Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?
10. Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib
mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab
terhadap Universiti ini? Merusuh seperti
peserta BERSIH?
11. Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar
sebelum mengambil tindakan? Untuk
menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana
wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah
menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini. Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa
tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.
12. Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di
tempat yang hak. Menurut Islam, jika
seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak
baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan.
Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.
13. Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak
berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim
sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.
14. Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah
tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan
tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri
sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan
sedemikian buruk sekali.
No comments:
Post a Comment