1. Berhubung isu Ahli Parlimen Sri
Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng sebagai satu hasutan, berbau
perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu
yang bernama Ambiga.
Cekap Lim Guan Eng putar.....dia
memang cekap.....
2. Bukan sekadar cekap memutar dia juga
cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang
india dalam tragedi Kampung Buah Pala.
Datuk Mohamad Aziz (MP Sri Gading) tidak
pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....
3. Ceritanya, ketika gilirannya berucap
di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas, beliau memilih untuk bercakap
berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran
pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan
termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat
kerja lain di negara ini.
4. Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen
tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada
negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing
masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan
kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan
bersubahat bersama orang asing.
5. Beliau bertanya, jika
kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka
kepada negara dan Agung, apakah Ambiga
tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan
Agong dan hukum gantung kepada dia ???
Itu soalan beliau....saya
ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan
beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.
6. Tidak pernah sesekali
beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum
gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah
kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".
7. Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi
Jaafar mengarahkan Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu.
Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan
komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu.
8. "Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari
parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin
rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik
balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".
9. Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu
tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi
sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada
Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan
negara islam. Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang
pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu
langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang
perjuangan negara islam.
10. Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis
pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan
merujuk kepada orang india dengan perkataan PARIA. Mengamuk-ngamuk
N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. Anwar
berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh
Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin
belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.
11. Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP
secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di
papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf
atau tarik balik.
12. DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan
Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina
orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau
minta maaf.
13. Kartun dalam risalah My Balik Pulau
diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang
berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti
untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta
berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru. Ulasan lanjut dalam
beberapa episod boleh dilihat di sini.
14. Bulan lepas satu kejadian di Subang
Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan
memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi.
Video kekecohan perkara berkenaan ada di sini.
15. Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah
bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati
terhadap orang-orang bumiputra.
Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969
?
Siapa yang berarak di Kampung Baru
dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ?
Siapa yang berdiri atas lori dan
pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada
masa itu ?
16. Kononnya matlamat perjuangan mereka
Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah
Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara
kaum ?
Malaysian Malaysia konon.......khaik
ptuihhhhhhhh.........
Akhir kata , sebagai ahli Umno saya
menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham
sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.
17. Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.
17. Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.
No comments:
Post a Comment