mykmu.net

Wednesday 11 February 2015

BYE BYE ANWAR IBRAHIM


1. Suasana, senario dan suhu politik Malaysia dijangka kembali aman dan tenteram dengan keputusan mahkamah persekutuan untuk mengekalkan keputusan mahkamah rayuan yang mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya.
2. Dengan keputusan tersebut Anwar akan menjadi tetamu khas penjara Sg Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang.
3. Walaupun pihak pendakwaan mengemukakan hujah untuk menambah tempoh hukuman penjara terhadap ketua pembangkang itu namum mahkamah persekutuan berpendirian lima tahun sudah mencukupi sebagai pengajaran kepada ahli parlimen Permatang Pauh itu.
4. Beberapa implikasi akan berlaku akibat tindakan memenjarakan Anwar di mana kesan pertama ialah gugurnya keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen.
5. Ini bermakna satu pilihan rakay kecil akan diadakan dan kemungkinan besar isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali memikul tanggungjawab sebagai penyandang kerusi tersebut.
6. Samada Barisan Nasional akan bertanding atau tidak terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan.
7. Tetapi perkara yang lebih penting rakyat Malaysia secara keseluruhannya menghirup nafas lega apabila menerima berita penghakiman mahkamah persekutuan yang dibacakan oleh ketua hakim negara.
8. Ini berlaku setelah hampir dua bulan perbicaraan untuk mendengar proses rayuan terakhir Anwar untuk membuktikan beliau tidak bersalah atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
9. Pihak pembangkang khususnya PKR mengadakan siri jelajah ceramah kes ke seluruh negara untuk menggembeling rakyat menjadi hakim negara dalam kes liwat beliau.
10. Malah dalam minggu terakhir sebelum keputusan mahkamah pada 10 Februari, PKR sibuk mengadakan solat hajat supaya keputusan mahkamah akan kelak memihak kepada mereka dan Anwar di bebaskan.
11. Pada pagi hari keputusan dibaca ribuan penyokong Anwar berkumpul sekitar ibukota dan Putrajaya untuk menunjukkan sokongan kepada bos mereka.
12. Namun beberapa pemgamatan amat menarik untuk dianalisa dalam konteks sokongan terhadap Anwar.
13. Pertama keadaan kali ini tidak seperti ketika Anwar dipenjarakan pada tahun 1998 atau semasa peringkat awal perbicaraan liwat kedua pada 2008.
14. Penyokong Anwar kali ini tidak seramai seperti yang dijangkakan dan rata-ratanya adalah anggota PKR.
15. Paling ketara ahli Pas yang pada umumnya adalah kumpulan paling aktif dan ramai dalam mana-mana perhimpunan pembangkang kali ini kelihatan sepi dan lenggang.
16. Malah presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya tidak merestuinya ahli-ahli parti itu keluar beramai-ramai menyokong Anwar.
17. Menambahkan derita kekusutan politik pembangkang anggota Dap Cina yang dahulunya amat kuat mendokong impian Anwar untuk menjadi perdana menteri juga tidak kelihatan batang hidung mereka.
18. Melihat kepada keadaan yang hiba menimpa Anwar di saat beliau berdepan dengan hukuman penjara bagi kali kedua berhubung jenayah liwat bolehlah disimpulkan bahawa pembangkang sudahpun meninggalkan kegagalan agenda dan perjuangan politik yang dibawanya sejak 1998.
19. Pembangkang yang memanggil diri mereka sebagai pakatan rakyat sudah sedar tiba masanya mereka mengucapkan selamat jalan kepada ikon politik mereka.
20. Dengan keputusan mahkamah persekutuan riwayat dan karier politik Anwar sudah berakhir samada pembangkang suka atau tidak.
21. Sejurus Anwar dibawa oleh trak penjara untuk dibawa ke tempat bermastautinnya yang baru sudah terdengar suara pimpinan pembangkang untuk mencari pengganti sebagai ketua pembangkang.
22. Nampaknya pada waktu Anwar dihukum penjara, kawan-kawannya tidak sabar untuk melakar halatuju baru politik pembangkang tanpanya.