mykmu.net

Wednesday 22 January 2014

KOS HIDUP TINGGI: CADANGAN SISTEM RANGKAIAN PEMBEKAL BUMIPUTERA WAJIB DIWUJUDKAN @NAJIBRAZAK

1. Kangkong merupakan perkataan yang popular pada minggu lepas. Bermacam-macam perkara dilabelkan kangkong. Ini berikutan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memberikan contoh barang-barang keperluan yang telah turun harga tetapi tidak dipuji oleh pembangkang.
 
2. Antara perkara menarik yang perlu diperhalusi oleh pentadbiran Perdana Menteri dalam hal ini. Isu kenaikan kos sara hidup menjadi punca dan polemik yang beterusan dalam masyarakat hari ini. Antara barang keperluan yang menjadi perdebatan hangat ialah kos ayam, ikan, sayuran dan bermacam-macam barang runcit yang semakin hari semakin meningkat naik kosnya.
 
3. Umum mengetahui kenaikan kos harga barang menjadi isu duri dalam daging kepada Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerajaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14. Rata-rata rakyat melihat ini sebagai kelemahanPM  Najib dalam menghadapi gelora dan pancaroba dakyah pembangkang. Suka atau pun tidak kita wajib menerima ini sebagai satu kenyataan dalam kehidupan.


 
4. Pada awal Januari 2014 Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah mengurangkan perbelanjaan di sector awam mulai Januari 2014. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.
 
5. Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
 
6. Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian feasibiliti.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
 
7. Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
 
8. Penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan akan dikurangkan.Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;
 
9. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
 
10. Pada masa yang sama juga Kerajaan telah menubuhkan sebuah MAKMAL bagi mengkaji kos sara hidup yang semakin tinggi. Makmal ini terletak dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.  


 
11. Bagi hemat MH ini hanya apa yang dinamakan “interim action”. Didalam pengurusan krisis istilah “interim action” adalah merujuk kepada tindakan sementara yang perlu dilakukan dalam mengekang krisis. Tindakan sementara ini hanya akan redakan sedikit krisis sahaja. Dan ianya tidak melibatkan “comprehensive solution” atau “total solution” atau dalam bahasa yang lebih mudah lagi sebagai jalan keluar kepada krisis.
 
12. Umum mengetahui perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh kaum Cina. Ini meliputi pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit didalam semua bidang perniagaan. Menurut MYKMU.net dalam artikel mereka pada 22 Jan 2014, para pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit telah menaikan haraga barang-barang keperluan  bertujuan untuk memburukkan imej Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menaikkan harga barangan. Ini ada strategi 2 mata mereka dalam menjalankan dakyah pembangkang.
 
13. Kerajaan Barisan Nasional hanya mampu memberi amaran tindakan “tindakan tegas akan diambil” kepada peniaga-peniaga yang ingkar. Dan ini sebenarnya telah memberikan persepsi yang buruk kepada Kerajaan Barisan Nasional semenjak dari tahun 2008 lagi. Rakyat amat tertunggu-tunggu dan amat mengalu-alu tindakan tegas dari kerajaan sebenarnya. MH meluat sebenarnya untuk mengkritik sebegini tetapi dalam masa yang sama MH terpaksa mengatakan perkara yang benar demi kelangsungan dan kesinambungan Barisan Nasional dalam menerajui Negara.  
 
14. Didalam ucapan Perdana Menteri pada Majlis Memperkasakan Ekonomi Bumiputera di UiTM pada September 2013 beberapa focus telah diberikan penekanan. Antaranya mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
 
15. Didalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pemerkasaan ekonomi bumiputera amat banyak dititik beratkan. Kesannya ramai dikalangan orang melayu hari ini amat tinggi minatnya untuk berniaga. Amatlah significan anjakan paradigma pemikiran orang melayu sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Jika sebelum DEB dilancarkan sikap orang melayu ialah perniagaan adalah perkara yang memalukan dalam hidup.
 
16. Dalam merentasi gelora gelombang kos sara hidup yang semakin meningkat ini, satu mekanisme lanjutan daripada DEB perlu diperkenalkan. Jika 44 tahun kerajaan melalui DEB mengajak orang melayu berniaga atau dalam istilah yang sebenarnya mengajak orang melayu menjadi peniaga runcit. Sudah tiba masanya hari ini kerajaan menjadikan orang-orang melayu sebagai pengimport, pembekal, pemborong dan tidak lagi menjadi peruncit terutamanya sector-sektor kritikal.
 
17. Sektor kritikal disini bermaksud sektor yang menjadi kunci kepada sesuatu sector yang lain. Contohnya bagi sector penternakan ayam. Faktor kritikal disini ialah makanan dan perubatan dan antibiotik ayam-ayam. Seringkali faktor makanan dan perubatan dijadikan sebab dalam kenaikan harga ayam. Disinilah peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  amat perlu sebagai permulaan.
 
18. Contohnya KFC Holding, boleh menjadi pembekal ayam kepada seluruh Negara. Kemampuan KFC menerusi system “contract farming” memang tidak dapat dinafikan lagi. Bagi mengawal factor kritikal bagi sector penternakan ayam KFC holding perlu menubuhkan kilang pemprosesan makanan ayam dan juga kilang pemprosesan ubat-ubatan untuk penternakan. Strategi Lautan Biru kerajaan juga boleh digunakan disini. FELDA boleh mendirikan kilang pemprosesan makanan ayam manakala perubatan untuk ternakan pula boleh dilakukan oleh Pharmaniaga atau pun CCM menerusi Deupharma Biotech. Dengan ini kos untuk penternakan ayam dapat di turunkan.
 
19. Itu hanyalah satu contoh sector, banyak lagi sektor yang perlu diberi tumpuan. Maka disinilah peranan PEMANDU untuk memecahkan monopoli “supply chain” masyrakat cina terhadap ekonomi Negara. Maka selaku rakyat Malaysia MH pulangkan kembali kepada PEMANDU apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan lagi pengimport, pembekal dan pemborong dikalangan orang melayu.
 
20. Peranan institusi-institusi pendidikan juga penting. Di university-universiti pada hari ini terutamanya di UiTM (UiTM means “Universiti Terulung Melayu” which ‘i’ make a significant different) menawarkan kursus-kursus keusahawanan perlu melakukan anjakan paradigm dimana matapelajaran “supply chain entrepreneurship” perlu di ajar untuk menjadikan. Ini bermaksud “supply chain” digabungkan dalam pelajaran keusahawanan.
 
21. MARA merupakan agensi yang bertanggungjawap memajukan orang melayu. Hari ini MARA tidak boleh lagi menggalakkan orang melayu menjadi peniaga runcit. MARA hari ini wajib menjadikan orang melayu sebagai pengimport, pembekal dan pemborong bagi setiap sector barangan.
 
22. Kertas kerja dan kajian saintifik perlu lebih ditekankan. Kajian-kajian terhadap sistem “supply chain” masyarakat cina Malaysia perlu dikaji. Jika perlu diwujudkan instutusi atau KERUSI pengajian bagi supply chain ini maka wujudkanlah.
 
23. Apapun cadangan MH ini mungkin akan memakan masa yang panjang. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk tidak berbuat sesuatu dalam menghadapi gelora kos sara hidup yang tinggi pada sekarang. Kepada Dato’ Seri Najib, MH memohon cadangan ini dipertimbangkan dan dilaksanakan segera bagi menjamin kesinambungan Kerajaan BN atau dengan nada yang lebih tepat lagi untuk agama, bangsa dan Negara.  



Monday 20 January 2014

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI SABAH DAN SARAWAK: SATU PENJELASAN OLEH USTAZ KAZIM



"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikut agama mereka"
Al-Baqarah: 120

Berikut adalah sedutan daripada wacana ilmu oleh SF Ustaz Kazim bin Elias yang bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung. MH terjemahkan kembali sebahagiannya dalam bentuk penulisan terutamanya melibatkan penggunaan nama Allah di Sabah dan Sarawak. Insyaallah MH akan kemaskinikan lagi hujah-hujah Ustaz Kazim yang lain dalam siri Wacana Ilmu bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung ini pada masa-masa yang akan datang.

1. Seperti yang kita sedia maklum didalam buku teks sejarah sekolah menengah menerangkan tujuan kedatangan penjajah barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) adalah bertujuan untuk memonopoli perdagangan rempah. Satu persoalan menarik untuk dijawap, apakah orang-orang barat ini penggemar kari aka gulai yang tegar sehinggakan mereka ini ingin memonopoli perdagangan rempah? Setahu dan seingat kita hanya orang-orang Asia sahaja yang tahan dengan rasa pedas terutamanya orang Melayu.

2. Kuasa-kuasa barat pada masa yang sama telah membuka dan menjajah Negara-negara Islam di Afrika, Negara-negara Arab, Pakistan, India dan seluruh Asia Tenggara. Ada pun tujuan sebenar kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara dan Negara-negara Islam adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian supaya orang-orang Islam mengikut agama mereka. Adapun seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 diatas penjajah barat cuba untuk mengajak umat islam hatta untuk yang sekecil-kecil syariat mereka seperti memotong kek pada majlis hari jadi. Itulah tujuan sebenar mereka.

3. Sebagai permulaan dibinanya rumah-rumah ibadat dan diikuti oleh penerampan kebudayaan penjajah. Kesemua ini  diasimilasikan sebagai sebahagian daripada kebudayaan masyarakat islam tempatan. Semua ini terjadi disebabkan oleh pepecahan dan kelemahan umat Islam dinegara ini. Kota A Famosa contohnya dibina dari runtuhan dan batu2 nisan orang islam dan lebih dahsyat lagi kota a famosa itu dibina daripada runtuhan pepecahan umat islam di Melaka pada ketika itu.

4. Permulaan pada kerja dakwah agama kristian di tanah jajahan mereka termasuklah di Indoneasia ialah menterjemah kitab2 bible kedalam bahasa tempatan. Gerak kerja kristian Belanda telah menterjemahkan bible kedalam bahasa Indonesia. Ini termasukan perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah pada tahun 1795.

5. Perkara ini terjadi ratusan dahulu dan kalimah Allah didalam bible berbahasa Indonesia telah di asimilasikan dalam kehidupan masyarakat tempatan yang bukan islam sejak ratusan tahun yang terhahulu. Ini merupakan tanda kejayaan orang2 yahudi dan Nasrani megikut jejak langkah mereka.Oleh sebab kita tidak boleh beranggapan bahawa pengguna kalimah Allah didalam bible di Indonesia sebagai sesuatu yang baru. Walhal ianya berlaku ratusan tahun yang dahulu.

6. Usaha ini dirintis pula oleh British di Tanah Melayu apabila mereka berjaya membuka Pulau Pinang dan juga Melaka. Stamford Raffles merupa perintis kepada pertukaran “God” atau “Lord” kepada Allah kedalam bahasa melayu pada awal 1820an. Alhamdulillah usaha Stamford Raffles untuk menterjemahkan bible kedalam bahasa melayu dan seterusnya menggunakan perkataan “God” atau “Lord” kepada kalimah Allah tidak Berjaya. Ini kerana Allah SWT memelihara tanah melayu ini dari segala perancangan jahat.

7. Kejayaan Belanda di Indonesia menterjemahkan bible dalam bahasa Indonesia dan kejayaan mereka menukarkan   “God” atau “Lord” kepada Allah telah menarik minat keluarga Brooke yang memerintah Sabah, Sarawak dan Kalimantan (perlu di ingatkan Sabah dan Sarawak pada ketika ini belum lagi menyertai Malaysia untuk merdeka). Keluarga Brooke telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian daripada Indonesia untuk berdakwah di Sabah, Sarawak dan keseluruhan Pulau Borneo. Kitab2 bible dalam bahasa Indonesia telah diajar kepada masyarakat pribumi sabah dan Sarawak. Ini termasuklah perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah juga diajarkan bersama kepada masyarakat disana.Disebabkan sejarah inilah maka perbezaan ini berlaku sehingga sekarang.

8. Dek kerana inilah di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini kerana proses asimilasi telah berlaku kepada mereka sejak dari zaman keluarga Brooke memerintah mereka lagi. Sebelum kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak majority pribumi Sabah Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme yang mana setiap satu daripadanya mempunyai nama tuhan yang tersendiri.

9. Di semenanjung Malaysia orang-orang bukan islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. Bila pertembungan Kalimah Allah ini berlaku pada hari ini alasan penganut kristian di Malaysia bahawa penngunaan kalimah Allah dalam bible di Indonesia dan disabah Sarawak telah lama diguna tidak boleh diguna pakai secara automatiknya.

10. Usaha penjajah barat ini juga berhasil di Mesir. Mereka telah berjaya menterjemahkan bible kedalam bahasa Arab seterusnya menukarkan istilah “God” dan “Lord” didalam bible kepada kalimah Allah. Al-Mukhatdas (Berita Baik) kitab bible dalam bahasa arab di Mesir manakala di Indonesia dikenali sebagai Al-kitab (Berita Baik). Bermula dari muka surat pertama lagi kalimah Allah telah digunakan. Penjajah barat telah cuba sedaya upaya meninggalkan kesan penjajahan mereka di tanah yang mereka jajah. Ini termasuklah menunarkan nama-nama tempat.

11. Berbeza dengan Malaysia kesan-kesan penjajahan ini telah dibuang daripada merdekanya persekutuan Tanah Melayu sedikit demi sedikit. Ini merangkumi nama tempat yang ada di Malaysia dan bermacam-macam lagi.

12. Berbeza dengan Negara2 lain yang mana usaha membuang segala bentuk kesan penjajahan tidak dilakukan. Ini termasuk Indonesia yang mana kalimah Allah yang digunakan dalam bible berbahasa Indonesia tidak dibuang dari bible mereka.

13. Manakala di Mesir, hujah mereka orang-orang bukan islam di mesir telah lama menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Untuk pengetahuan semua, penganut agama kristian ini terbahagi kepada 2, iaitu:


i.      Penganut kristian yang mengamalkan fahaman TRINITY, yang mana mereka percaya kepada Tuhan anak, tuhan bapa, tuhan jesus.

ii.        Satu lagi kepercayaan agama kristian ini ialah UNITY, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu. Kristian di Mesir adalah terdiri daripada kristian daripada fahaman UNITY. Kristian UNITY ini telah mengkafirkan kristian yang berfahaman TRINITY ini. Dan oleh kerana itu penganut kristian di Mesir ini percaya kepada Allah yang satu. Ini telah menjadi kebiasaan (uruf) atau asimilasi bagi masyarakat mesir.

14. Kristian di Malaysia terdiri dari golongan yang menganut fahaman TRINITY. Jadi adalah amat salah sekiranya penganut fahaman kristian trinity dimalaysia ingin menggunakan Kalimah Allah didalam bible mereka. Ini menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada kita kerana kebiasaannya penganut kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan kalimah Allah didalam kehidupan seharian mereka dan kenapa sekarang mereka sibuk nak menggunakan kalimah Allah?

15. Maksud uruf menurut Imam Ghazali ialah Sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”. Dalam bahasa mudahnya bermaksud  apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat. ialah kebiasaan disesuatu tempat. Contohnya larangan memandu kenderaan di arab Saudi walhal di Malaysia ianya dibenarkan.

16. Dari segi hukumnya penngunaan kalimah Allah ini diistilahkan sebagai perbezaan hukum disebabkan oleh perbezaan keadaan setempat yakni kebiasaan pada sesuatu tempat (Negara). Oleh kerana itu di di Mesir dibenarkan menggunakan kalimah Allah dikalangan masyarakat kristian disana disebab kebiasaan (uruf) mereka disana dan ditambah pula konsep mereka adalah sama dengan menyatakan tuhan itu satu.

17. Manakala di Arab Saudi, Ulamak mengharamkan penggunaan kalimah Allah kerana di sana tidak ada orang bukan Islam (Jikalau ada pun bilangannya amat sedikit 0.1%). Maka Malaysia pun mengambil pendekatan yang sama dengan Arab Saudi, ini kerana majority rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan uruf di Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

18. Di Malaysia, penganut agama kristian yang ingin menggunakan kalimah Allah ini sebenarnya tidak pernah menggunakan bahasa arab dalam percakapan harian mereka, perkataan seharian mereka pun tidak pernah mengunakan perkataan Allah malah penngunaan bahasa melayu mereka juga tidak fasih. Alih-alih mereka ini yang minta untuk penggunaan nama Allah dalam bible mereka. Mereka juga tidak pernah menyebut kalimah Allah sebelum ini.

19. Persoalan yang menarik untuk mereka jawap, berapa ramaikah dikalangan kamu penganut kristian di Malaysia menyebut kalimah Allah dan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab  dalam percakapan harian kamu sebelum ini?

MUAHAHAHAHA.....KETIAK PO PO HANCING TAWAR



Ramai dikalangan rakan-rakan Facebook MH berkongsi di wall masing-masing video ketiak po po hancing tawar nii.. Bila di renung dan difikirkan balik video nii rasanya budak china nii perli seseorang laa.... sapa agak2nya tuu yea.... hmmm ketiak po po memang hancing tawar.... po po pun selalu gak kencing rakyat... hahahahaha... tu pun po po dapat gak gelaran anugerah tuhan dari pengikut po po....

Betuiii ker ketiak po po hancing tawar....???

Nurul Izah kata papa hebat...