Watch "Malaysian Airlines plane crash: Russian military …" on YouTube - Malaysian Airlines plane crash: Russian military …: http://youtu.be/4bNPInuSqfs
1. Masaklah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti. Bagi yang malas nak tengok video, boleh tengok ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Kita akan telanjang Ukraine kali ini. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa memang terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia sekarang dah jadi kambing, kita semua kambing, sebab negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa-kuasa besar.
Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar-gambar ni adalah milik Ukraine.
1. Gambar 1:
a. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
b. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
c. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan beberapa buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
d. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
e. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
f. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
g. Dari gambar juga boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.
2. Gambar 2, 3 dan 4 menunjukan
a. Gambar satelit diambil pada 14 Julai 2014 sebaik sahaja kes kapal kargo AN-26 terhempas.
b. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
c. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
d. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan-peralatan yang ada (Gambar 3).
e. Gambar kawasan sama tapi diambil pada 16 Julai 2014, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
f. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
g. Pihak Russia menegaskan bahawa pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.
3. Gambar 5 dan 6:
a. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
b. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
c. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
d. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).
4. Gambar 7:
a. Radar Ukraine pada 17 Julai 2014 beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
b. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai 2014 pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
c. Tiba-tba pada 18 Julai 2014, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.
5. Gambar 8:
Gambar pada 17 Julai 2014
a. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
b. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
c. Jet fighter Ukraine tiba-tiba naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
d. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
e. Russia pertikaikan kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.
6. Gambar 9:
a. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
b. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
c. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
d. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dapat mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
e. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.
7. Gambar 10:
a. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
b. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
c. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
d. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
e. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yang bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
f. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.
Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.
Akhir kata: Terasa seperti di ambang WW3.