mykmu.net

Tuesday 30 April 2013

EKSLUSIF DARI ISRAEL : DOA KHAS DARI GEREJA JERUSALEM UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


1. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  Video tersebut boleh didapati di 

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276

2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.  Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi. 

3. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’. 

4. Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR. 

Tentulah ini tidak masuk akal. 

5. Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?  

6. Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. 

7. Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.   Kenapa?  Apakah sudah sah yang PR akan menang?   Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang?  Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah? 

8. Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk.  Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi. 

9. Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir.  Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.   

Sunday 28 April 2013

PANAS PRU KE 13: TRAGEDI 13 MEI BAKAL BERULANG LAGI ?





1. Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.  Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali. 

2. Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri. 

3. Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim.  Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian.  Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei. 

4. Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis.  Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai. 

5. Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya. 

6. Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina.  Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini. 

7. Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari.  Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini.  Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang. 

8. Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66.  Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12. 

9. Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur.  Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu.  Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu. 

10. Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka.  Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah.  Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka. 

11. Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya.  Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu.  Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina. 

12. Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur.  Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan.  300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka. 

13. Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak.  Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan.  Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis.  Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

14. Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143.  Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi.  Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya. 

15. Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu. 

16. Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini?  Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?

17. Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei.  Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan.  Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang.  Dalam kata lain, seolah-olah ada  percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969. 

18. Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan.  Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. 

19. Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia.  Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini.  Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak.

20. Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con.  Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi.  Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia.  Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’ dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran.

21. Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

22. Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’.  Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik.  Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh dengan pantas, bagaikan kesan domino. 

23. ‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya.  Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa.  Antaranya, Financial Times pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku.  PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih”.   Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam.”  Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring”.

24. Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan. 

25. Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’.  ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan, iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya. 

26. Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya.  Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu. 

27. Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca. 

Adakah kita sudah bersedia?  

Wednesday 24 April 2013

OPPSS KANTOI SUDAHH !!!! SUARAM DAH GELABAH BEWAKK....




1. Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.

2. Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...

3. Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh  Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.

4. Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.

5. Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.

6. Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.

7. Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia.

8. Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut.

9. Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.

10. Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel.

11. Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

12. Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel.

11. Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.

'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.

12. Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut.

13. Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.

14. Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

DAP WARNING PAS LAGI: JANGAN SEBUT PASAL HUDUD




Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS. 

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.

"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.

Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Semakin hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP.

Sunday 21 April 2013

KENALI CALON-CALON DUN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN KUALA KEDAH







Noor Hasita bt. Hj Mat Isa adalah calon Barisan Nasional bagi kerusi N17 Dun Pengkalan Kundur.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) USM. Pernah bertugas sebagai Pemaju Masyarakat ( KEMAS), Pegawai JASA dan Pegawai Khas kepada Dato Sri Diraja Mahadzir Khalid sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah.

Memegang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah dan Penolong Setiausaha Wanita Umno Kedah.Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan bersama golongan wanita di kawasan Kuala Kedah.






Dato Latt Shariman Abdullah merupakan Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah yang ke-6 dalah calon Barisan Nasional bagi kerusi N15 Kubang Rotan 

PENDIDIKAN

Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

International Islamic University Malaysia (LLB)

UiTM Melaka


KERJAYA

Bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri & Menteri Kewangan Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pernah menjadi Setiausaha Politik YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Peguambela & Peguamcara di firma guaman Latt & Co.






Dato Hashim Jahaya adalah calon BN bagi kerusi N15 Dun Anak Bukit..Kerjaya sebagai seorang Peguam.Lulusan University of Otago Dunedin dalam bidang perundangan ( LL.B).

Karier politik bermula sebagai Ketua Pemuda Cawangan pada tahun 1997 hingga 1998 seterusnya AJK Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian, Setiausaha sehinggalah menjadi Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2004 hingga 2008..

Pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal iaitu pada tahun 2004 hingga 2008 dan Pada PRU13 ini beliau diberi kepercayaan lagi untuk bertanding di Dun Anak Bukit bagi merampas kembali  dari tangan wakil rakyat dari parti Pas.