mykmu.net

Thursday 28 February 2013

Sunday 24 February 2013

FATWA BERI MAKAN AYAM DAN LEMBU: NIK AZIZ KINI TERPERANGKAP DALAM FATWANYA SENDIRI


Nik Aziz memfatwakan semua jenis bantuan Kerajaan kepada rakyat umpama memberi makanan kepada ayam dan lembu. Gambar menunjukan Nik Aziz sedang memberi bantuan aka rasuah kepada pengundi. Adakah penerima bantuan  Nik Aziz juga tergolong dalam golongan yang difatwakan beliau sendiri ??



1. Baru-baru ini Nik Aziz telah keluarkan fatwa baru. Dia berfatwa mengatakan penerima BR1M seperti member makan ayam dan lembu. Ini bermakna setiap bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat ibarat memberi makan kepada ayam dan lembu



2. Nampaknya Nik Aziz dah lupa Kerjaan PAS Kelantan juga pernah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah 5.3 Billion menerusi Rancangan Malaysia ke 10 selama 2 tahun. Fakta Bantuan kewangan ini di perolehi daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.



3. Kerajaan PAS Kelantan juga menerima bantuan  Kerajaan Persekutuan untuk sebanyak RM600 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah  dan RM 213 juta untuk menaik taraf loji air diseluruh negeri Kelantan.



4. Seperti yang diketahui Nik Aziz jugak pernah dimasukkan ke wad hospital untuk menerima rawatan pelbagai jenis penyakit.


  
5. Sudah terang lagi bersuluh, bukankah semua ini bantuan  Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan PAS Kelantan? Mengikut fatwa terbaru Nik Aziz sesiapa yang menerima bantuan BR1M daripada Kerajaan Persekutuan adalah umpama memberi makanan kepada haiwan seperti ayam dan jugak lembu. Fatwa terbaru Nik Aziz ini meliputi seluruh bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia.

6. Kalau ikut fatwa Nik Aziz, ini bermakna Nik Aziz sendiri dan Kerajaan PAS Kelantan juga adalah ayam dan lembu kerana menerima bantuan daripada  Kerajaan Persekutuan. Nampaknya Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan telah tertelan kahak hijau depa sendiri. Amacam  Pok Nik? Sedap ker kahak hijau sendiri?


Saturday 23 February 2013

EKSLUSIF UPDATE TERKINI PENCEROBOHAN LELAKI BERSENJATA DI LAHAD DATU





Insiden pencerobohan sudah masuk hari ke 10. Seperti yangg di ketahui pihak polis memberi jaminan bahawa rundingan telah tamat dan proses pengusiran bermula. Oleh kerana pihak bersenjata masih tidak berganjak maka kita mengandaikan bahawa tindakkan seterusnya sudah jelas.



Pihak polis membuat rangkaian sekatan dan cordon yang paling ketat. Baru-baru ini wartawan Al Jazeera di tahan di tengah laut ketika cuba menceroboh.


VAT 69 bersedia untur di atur gerak




Kisahnya bermula apabila IPD Lahad Datu telah menerima maklumat sekumpulan lelaki telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, dilaporkan membawa senjata M16. 

Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan 
keselamatan.







Sebuah Forum Pertahanan Tempatan iaitu 
PANGGILANPERTIWI.MY telah membuat poll mengenai insiden ini di FB. Tuan puan boleh baca di FB mereka di FB PANGGILAN PERTIWI 






Pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang berdoa dan mahukan krisis ini ditamatkan 


sumber: DISINI

Wednesday 20 February 2013

ANCAMAN ARAB SPRING KINI DI MALAYSIA ?






1. ADA pihak yang cuba mengaitkan Arab Spring sebagai sesuatu yang mungkin berlaku dalam perkembangan politik di Malaysia. Mereka ingin membawa perubahan landskap politk tempatan unutk mencapai matlamat mengabil alih kuasa melalui apa yang dianggap sebagai kebangkitan rakyat terhadap kerajaan yang ada.

2. Tanda-tanda yang menunjukkan ada strategi menggunakan platform di luar proses pemilihan umum secara demokratik ini termasuklah :

* Kritikan dan tomahan yang berterusan ke atas kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melalui himpunan Bersih

* Penganjuran rapat umum dan perarakan secara berterusan yang menguruk kerajaan

* Penentangan terhadap projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Lynas di Pahang dan Rapid di Johor atas alasan kesan negetif ke atas alam sekitar tanpa mengambil kira menafaat projek dari segi sosial dan ekonomi

* Kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang di media luar negara yang memburuk-burukan dasar kerajaan dan sistem pilihanraya.

3. Isu-isu seperti ini diketengahkan sebagai justifikasi bahawa Arab Spring perlu dilancarkan di Malaysia. Namun perlu diingat, kerajaan-kerajaan yang tumbang atau tergugat berikutan gerakan Arab Spring adalah kerajaan diktator yang telah menjadi dispensable bagi kuasa-kuasa barat setelah sekian lama menyumbang kepada dasar luar negara dan ketenteraan Barat.

4. Arab Spring tidak relevan di Malaysia kerana ia bukan negara pemerintahan kuku besi walaupun ada pihak yang mengatakan ia zalim, kafir, dan sebagainya.

5. Dakwaan kezaliman kerajaan yang disuarakan, sama ada dalam Parlimen, media massa atau internet hanyalah pandangan peribadi dan berdasarkan kepentingan politik sempit. kebebasan yang dialami oleh rakyat Malaysia adalah nyata kepada seluruh dunia.

6. Mereka yang cuba mengimport idea Arab Spring sebenarnya ketandusan dan kemuflisan idea. Apatah lagi geraka itu sendiri bukan sesuatu yang timbul dari bumi Arab tetapi sebenarnya diilhamkan oleh Barat, atau lebih tepat gerakan Neocons dan Zionisme antarabangsa yang tahu tentang kelemahan rejim Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yamen dan negara-negara Arab lain.

7. Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar bebas dari pengaruh mana-mana ideologi atau kuasa besar. Tidak ada dokongan  yang diberi mana-mana pihak. Sebagai sebuah negara berkecuali Malaysia tidak terhutang budi kepada Barat mahupun institusi-institusi tajaan mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan lain-lain.

8. Malaysia juga tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ketenteraan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya ia mengamalkan dasar terbuka bagi pelaburan langsung, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan keharmonian

9. Jika ada pihak cuba mengaitkan Arab Spring sebagai satu gerakan kebangkitan Islam itu juga silap. Di Mesir, puak Islamist mungkin telah memenangi pilihan raya presiden tetapi golongan sekular dan bukan Islam yang disokong oleh Barat menentang langkah-langkah untuk menerap dan memperkasa unsur-unsur Islam dalam pemerintahan.

10. Di Tunisia, golongan pro-Islam menguasai kerajaan selepas rejim Ben Ali ditumbangkan. Pembunuhan tokoh pembangkang sekular Chokri Belaid baru-baru ini sungguh tidak menyenangkan barat kerana ia merupakan satu tamparan kepada agenda mereka. Mereka mahu golongan sekular dan pro-Barat berkuasa di Tunisia dan bukan golongan pro-Islam yang ada.

11. Hakikatnya, gerakan Arab Spring yang diilhamkan oleh Barat berhasil untuk memecahkan perpaduan yang ada di dunia Arab. Seterusnya ia memperkuatkan neara kesayangan mereka iaitu Israel yang selepas ini dijangka akan menunjukkan keganasan dan kezaliman lebih keras ke atas orang Arab amnya dan rakyat Palestin khasnya.

12. Arab Spring hanyalah alat dalam agenda Barat dan Zionisme untuk melemahkan dunia Arab dan Islam dalam peperangan Crusade moden. Rakyat Malaysia cintakan keamanan perlu menolaknya, bahkan menganggap ia adalah satu ancaman yang mesti dielakkan untuk megekalkan kestabilan politik dan keharmonian agama dan kaum di negara.  

Tuesday 19 February 2013

RENCANA ILMIAH: MEKANISME PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KRISIS KEGANASAN DI MALAYSIA



Prosedur bertindak dalam menangani sesuatu krisis keganasan adalah melalui mekanisme seperti berikut:

1. Jawatankuasa kawalan keganasan.

a. Bagi tujuan mengurus dan mengendalikan sesuatu krisis keganasan, satu jawatankuasa Kawalan Keganasan ditubuhkan dan bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jawatankuasa ini akan digerakkan oleh Bahagian Keselamatan Negara (BKN) apabila tercetusnya sebarang kejadian keganasan yang membawa kepada krisis yang mengancam kepentingan Negara. Jawatankuasa ini bersidang di Bilik Gerakan, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, MKN bertanggungjawab menjalankan tugas urusetia kepada jawatankuasa ini.

b. Bidang tugas jawatankuasa kawalan keganasan adalah seperti menentukan strategi bagi mengatasi dan mengendalikan krisis serta tindakan yang perlu diambil akibat dari keganasan yang berlaku. Mengeluarkan arahan dan panduan bertindak kepada pasukan pengurusan krisis termasuk melulus dan mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan krisis.



2. Pasukan Pengurusan Krisis

a. Bagi membantu Jawatankuasa Kawalan Keganasan melaksanakan tindakan menangani keganasan, satu Pasukan Pengurusan Krisis ditubuhkan dan bertanggungjawab terus kepada jawatankuasa tersebut. Jabatan KDN/KA PDRM sebagai urusetia kepada pasukan ini, adalah bertanggungjawab untuk menggerakkan Pasukan Pengurusan Krisis apabila tercetusnya sebarang kejadian keganasan .

b. Bidang tugas Pasukan Pengurusan Krisis (PPK) adalah seperti Mengambil langkah yang perlu sebagai persediaan untuk bertindak bagi menangani krisis yang berlaku di tempat kejadian.Menilai dan menganalisis situasi krisis semasa dan menyediakan pelan tindakan yang kemas, teratur serta berkesan.

c. Seterusnya PPK mengendalikan krisis keganasan secara langsung di tempat kejadian.Membuat perakuan kepada Jawatankuasa Kawalan Keganasan bagi menentukan pemilihan pasukan penggempur sama ada dari PDRM atau ATM berdasarkan bentuk keganasan tersebut dan seterusnya membuat laporan , syor serta nasihat kepada JKK.


3. Pengendalian Krisis Keganasan Yang Melibatkan Warganegara Atau Kepentingan Malaysia Di luar Negara.

a. Bagi kejadian keganasan yang berlaku di luar negara yang melibatkan penahanan warganegara Malaysia sebagai tebusan dimana boleh mengancam nyawa atau tindakan keganasan yang menjejaskan kepentingan Malaysia di luar negara, Jawatankuasa Kawalan Keganasan hendaklah digerakkan. Sebarang bentuk tindakan yang bakal diambil bagi menangani atau menyelesaikan kejadian tersebut akan ditentukan dan diputuskan oleh jawatankuasa ini.


4. Kumpulan bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis

a. Bagi membantu Pasukan Pengurusan Krisis menjalankan operasi menangani keganasan, tiga kumpulan dibentuk dan bertanggungjawab terus kepada pasukan ini. Kumpulan tersebut adalah Kumpulan perunding, Kumpulan bantuan kecemasan dan Kumpulan Penggempur.


5. Kumpulan Perunding

a. Kumpulan Perunding adalah terdiri daripada mereka yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang perundingan dan berperanan sebagai kumpulan perhubungan dengan pihak pengganas dalam menerima, mengumpul dan menyampaikan maklumat untuk memudahkan Pasukan Pengurusan Krisis membuat keputusan. Tugas utama kumpulan ini adalah untuk mengekalkan perhubungan dan mengadakan perundingan dengan pihak pengganas bagi mencari penyelesaian secara damai tanpa menggunakan keganasan.


6. Kumpulan Bantuan Kecemasan

Kumpulan Bantuan Kecemasan adalah terdiri daripada agensi- agensi yang memberi bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis dalam bertindak bagi menangani krisis yang berlaku. Agensi- agensi terlibat adalah seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Bulan Sabit Merah dan Telekom Malaysia Bhd. Agensi- agensi berkenaan bertanggungjawab dalam memberikan bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis.



7. Kumpulan Penggempur

a. Kumpulan Penggempur adalah terdiri daripada unit-unit pasukan keselamatan yang terlatih seperti Pasukan Gerakan Khas (PGK) PDRM, Grup Gerak Khas (GGK) TDM, Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) TUDM bagi menggempur pengganas jika penyelesaian menerusi rundingan menemui kegagalan, atau jika keadaan di mana tindakan penganas itu akan mengancam keselamatan nyawa tebusan, premis atau harta benda. Unit Penggempur yang dipertanggungjawabkan akan ditentukan oleh Pasukan Pengurusan Krisis bergantung kepada kesesuaian serta bentuk krisis yang dihadapi.

b. Bidang tugas Kumpulan Penggempur adalah merancang pelan bertindak, menyelamatkan nyawa orang tebusan, harta benda dan Premis serta menawan atau menghapuskan pengganas-pengganas.



8. Kumpulan Eksekutif

a. Satu Kumpulan Eksekutif hendaklah dibentuk oleh BKN berdasarkan keperluan serta arahan Jawatankuasa Kawalan Keganasan. Kumpulan ini diwujudkan bagi membantu Jawatankuasa ini menangani krisis keganasan yang kompleks serta berpanjangan, sama ada berlaku di dalam mahupun di luar negara yang mengancam keselamatan nyawa dan kepentingan Malaysia, dimana beberapa pendekatan daripada pelbagai sudut strategik perlu dipertimbangkan.

b. Keanggotaan Kumpulan Eksekutif itu hendaklah terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan yang berpengalaman di dalam pengurusan dan pengendalian krisis keganasan daripada BKN serta agensi/jabatan berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah BKN hendaklah dilantik bagi mempengerusikan Kumpulan Eksekutif ini.

c. Bidang tugas Kumpulan Eksekutif ini ialah termasuklah menganalisis isu keganasan yang berlaku, merangka senario kemungkinan penyelesian krisis dan memperakukan opsyen-opsyen pendekatan yang strategik bagi tindakan yang melibatkan dasar dalam penyelesaian krisis.

9. Pengendalian Krisis Keganasan Yang Melibatkan Campurtangan Dan Tekanan Oleh Individu/Kumpulan Luar

a. Bagi kejadian krisis keganasan yang berlaku di luar negara dan warga Malaysia sebagai tebusan, dimana terdapatnya unsur-unsur campurtangan dan tekanan oleh individu/kumpulan luar, Jawatankuasa Kawalan Keganasan hendaklah memperakukan kepada kerajaan mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menangani krisis keganasan tersebutdengan mengambil kira pertimbangan dari aspek kepentingan negara yang melibatkan politik domestik, hubungan diplomatik serta kepentingan strategik dua hala atau serantau.

sumber: DISINI 

SIAPAKAH PENCEROBOH LAHAD DATU ??


Oleh : DZULASREE @ ASREE SUG


Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ini adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu, namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.



1. AKHIR tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

2. Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

3. Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

4. Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

5. Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main di belakang mereka.

6. Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.

7. Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu.

8. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

9. Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.

10. Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua.

11. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia.

12. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan-bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

13. Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN.

14. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan Abu Sayyaf kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu.

15. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

16. Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501.

17. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

18. Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

19. Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.

20. Sultan Bantilan II di Jolo sebagai Ketua Gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini.

21. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan.

22. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

23. Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini.

24. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "Do Something". kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan.

25. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu.

sumber: DISINI


Monday 18 February 2013

HUTANG SEMASA NEGARA: SATU ANALISIS BAHAGIAN 2







1. Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 % daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN 2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat ini akan membawa kepada inflasi. Benarkah sedemikian?

2. Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt. Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.

3. External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan penghutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan datang.

4. Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap?

5. Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan tidak langsung. Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi dengan isi rumah.

6. Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi rumah. Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah – sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka negara akan bankrap.

7. Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt.





8. Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt.

9. Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara.

10. Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam negara? Namanya tetap hutang. Sebenarnya begini, kita kena faham bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja.

11. Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada Austria merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.

12. Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.

13. Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48 dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada KDNK.

14. Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya oleh pembangkang, maka kita akan melihat ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada Malaysia.

15. USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %.

16. United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang, ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal daripada Malaysia.

17. Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA, Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Denmark, Russia, Finland. Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan bahawa negara-negara ini akan bankrap?

18. Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa tahun lagi. Benarkah dakwaan ini?

19. Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100% untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %. Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 % pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK. Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza dengan Malaysia.



sumber: DISINI

Saturday 16 February 2013

UPDATE PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: RUNDINGAN TAMAT PROSES PENGUSIRAN KINI BERMULA





Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu 

a. Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

b. Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa bukan pertumpahan darah.

Kerajaan tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu. Justeru kumpulan ini akan dihantar balik secepat mungkin supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka. Sumber risikan menunjukkan kumpulan itu bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu.

Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut disamping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Admin berharap semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.

sumber: DISINI

Friday 15 February 2013

UPDATE TERPANAS: USTAZ HARUN DIN TINGGALKAN PAS ??





Ini berita yang baru MH terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

mh dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Sumber: DISINI

Thursday 14 February 2013

PANAS !!! UPDATE TERKINI PENCEROBOHAN KUMPULAN LELAKI BERSENJATA DI LAHAD DATU SABAH



Angkatan Tentera Malaysia sentiasa dihadapan dalam menanggani pencerobohan asing


Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.


Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.

Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.

Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.



Maklumat dari sumber:-


Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:


1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.

Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.


kredit sumber : DISINI