mykmu.net

Sunday 30 September 2012

BAJET 2013: "OPPA NAJIB STYLE" MEYENTUH HATI RAKYAT BERPENDAPATAN SEDERHANA






1. Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

2. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

3. Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

4. Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

5. Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

6. Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

7. Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

8. Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

9. Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

10. Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

11. Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

12. Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

13. Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

14. Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

15. Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?


Saturday 29 September 2012

BAJET PEMBANGKANG SEBENARNYA ADALAH MIMPI BASAH ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT





1. Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

2. Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

3. Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

4. Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

5. Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

6. Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

7. Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

8. Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

9. Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

10. Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

11. Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

12. Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

13. Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

14. Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

15. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

16. Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

17. Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.

18. Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

19. Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

20. Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

21. Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

22. Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.

23. Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

24. Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

25. Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif. 

26. Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.

Wednesday 26 September 2012

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU


8.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.
39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.
40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.
41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.
42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.
43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.
44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

Untuk mengetahui selanjutnya BACA DISINI

Monday 24 September 2012

PHOTO INSIDE: INILAH IBARATNYA PAS DIDALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Beginilah ibaratnya PAS dalam Pakatan Rakyat. Hanya menumpang diluar bas.

MH dapat gambar dalam FB. Tiba-tiba MH teringatkan PAS yang nasibnya seperti abang kita ni. Sanggup menempah bahaya semata-mata ingin bersama-sama dengan orang tersayang (DAP laa tuu). Tu laa PAS orang dah ajak naik BAS BN hangpa tak mau. Last sekali hanya menumpang dibelakang bas. Tiada suara tiada tindakan... kamu hanya "kami dengar dan kami patuh" kepada DAP






Thursday 20 September 2012

BILA NAJIB RAZAK WAHARAMUN, BILA KENA KAT ANWAR DAN NURUL IZZAH WAHALALUN....


1. Aidilfitri yang lalu puak-puak pemuja Pakatan Rakyat gegak-gempita bersorak apabila mendapat tahu PM Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak menari di rumah terbuka aidilfitri. Menari bukan dengan sapa pun, beliau menari dengan mahram beliau Datin Seri Rosmah Mansor. MH tak nampak tang mana salahnya kalau sekiranya PM menari isteri beliau. Mungkin puak-puak pakatan rakyat ini begitu teruja untuk membuat fitnah. 

2. MH nak tanya kepada puak-puak taksub pakatan rakyat ni.. Macam mana pulak Nurul Izzah yang menari dengan Tian Chua di Malaysia Timur suatu masa dahulu?? Cuba tolong habaq mai sat....

Tak caya nii dia... Nurul Izzah dok bergencok dengan Tian Chua. Suami dia tak marah ker? Dayus punya suami...


Nurul gencok lagi...

3. MH juga nak bertanya kepada puak-puak pakatan rakyat yang arif... macam pulak kes Anwar Ibrahim yang juga bergencok dengan bukan mahram beliau?? 

Anwar Ibahim tengah syok bergencok dengan anak tokey china. Masa ni Anwar masih jadi TPM lagi...

Yang ni pulak.... hahahahaha 

4. Kesimpulannya untuk puak-puak pakatan rakyat... bila PM menari dengan isteri adalah waharamun sebab dia Perdana Menteri Malaysia dari BN.... Bila Nurul menari dengan Tian Chua dan Anwar Ibrahim menari dengan anak dara tokey china wahalalun sebab depa maksum dek kerana hangpa pakatan rakyat.

Allahhuakbar..... fikir-fikirkanlahh....


Wednesday 19 September 2012

PAS PERLU TERIMA HAKIKAT HUDUD TIDAK BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT - KARPAL SINGH




1. Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

2. Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

3. Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini.

4. Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

5. Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

6. Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat.

7. Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

8. Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

9. Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

10. Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

11. Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13?

12. Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

13. PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

14. Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

15. Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

16. PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

17. Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

18. Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.



Komen MH : Adakah PAS sekali lagi DAYUS hanya kepada seorang OKU ??



MAHFUDZ DAH PERASAN JADI MB KEDAH






1. Setahu rakyat Kedah, Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tetapi apabila membaca akbhar Sinar Harian hari ini, terasa seolah-olah Mahfudz Omar telah pun mengambil-alih jawatan tersebut. 

2. Mahfudz telah membuat kenyataan bagi pihak kerajaan PAS Kedah iaitu, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).   Dengan itu, Mahfudz membayangkan yang Kedah juga mungkin akan mengadakan pilihanraya berasingan. 

3. Tanpa menyebut atau merujuk kepada Dato’ Seri Azizan, Mahfudz kemudian mengeluarkan kenyataan berikut, "Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon,"

4. Soalnya, di manakah kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz?  Apakah benar perkara mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau atau tidak? 

5. Yang rakyat Kedah tahu ialah, Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai perkara ini dan hanya memberi respon bahawa beliau hanya bertindak memberi laporan tentang kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat. 

6. Secara umum, Dato’ Seri Azizan nampaknya begitu berhati-hati dalam memberi jawapan mengenai pilihanraya Kedah tetapi Mahfudz tampak lebih yakin dan berkuasa untuk menentukannya.  Malah kelihatan seolah-olah Mahfudz juga lebih berkuasa untuk menentukan calon. 

7. Sudahlah di Wisma Darulaman kedengaran rungutan bahawa terdapat EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri sehinggakan isterinya juga lebih berkuasa dari To’ Puan Seri, isteri MB sendiri.  Isteri EXCO ini juga dikatakan gemar berada di pejabat suaminya dari di rumahnya, dan mengarah-arah orang sekeliling. 

8. Kini, Mahfudz pula dilihat sebagai lebih MB dari MB dalam membuat kenyataan di media.  

9. Senario ini menunjukkan dua kemungkinan iaitu kerakusan pihak yang ingin menjatuhkan Azizan atau kelemahan Azizan sendiri dalam mengawal politik PAS Kedah.

10. Namun, apa yang dapat dilihat ialah senario ini terjadi akibat gabungan kedua-duanya iaitu kerakusan musuh-musuh Azizan serta kelemahan dirinya sendiri. 

11. Sumber memberitahu bahawa Mahfudz telah pun menjalankan strateginya sendiri dengan memanipulasi dan mempengaruhi PAS Pusat untuk meletakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti di Kedah.  Mungkinkah kenyataannya yang ‘mewakili’ PAS Kedah di atas bermakna yang PAS Pusat telah ‘merestui’ Mahfudz menggantikan Azizan?

12. Malanglah rakyat Kedah jika terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika  berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter yang tidak lulus SPM.  

13. Bayangkan, Mahfudz tidak tahu walaupun untuk membezakan antara ‘ketakutan’ dan ‘keberanian’. 

14. Dalam kenyataan di media yang sama, Mahfudz menuduh Dato’ Seri Najib sebagai ‘takut’ dengan PR.  Katanya,  "kenyataan yang dibuat Najib  iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan "survival" Melayu menunjukkan yang BN cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti”.

15. Tetapi di masa yang sama, Mahfudz juga berkata bahawa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak.

Jelas, yang takut adalah PR dan bukan BN. 

16. BN telah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU tetapi PR yang berlengah-lengah, ingin membeli masa.  Jika benar berani dan yakin yang rakyat bersama mereka, kenapa gusar untuk mengadakan pilihanraya serentak di negeri-negeri yang diperintah mereka?  Apakah alasan untuk melambatkan lagi PRU jika bukan kerana takut masih belum dapat meraih sokongan majoriti rakyat?

Jelas, Mahfudz membuat kenyataan tanpa berfikir. 

17. Sekurang-kurangnya, kalau Mahfudz ingin berlagak berani sekali pun, biarlah ia berdasarkan kenyataan yang konsisten.  Dan kalau ingin bermimpi menjadi MB Kedah pun, sekurang-kurangnya berusahalah untuk lulus SPM terlebih dahulu.  Kita tidak mahu nanti Kedah malu bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur

Tuesday 18 September 2012

MAQAM KARPAL LEBIH TINGGI DARI ANWAR DAN NIK AZIZ


1. Buat pertama kalinya, pihak Anwarinas di dalam PAS kalah.   Kalah kerana gagal mempengaruhi Majlis Syura untuk mengambil tindakan ke atas Nasharuddin setelah ‘mencari fasal dengan DAP’.  

2. Kita sedia maklum bahawa pihak Anwarinas di dalam PAS telah hampir berjaya ‘membersihkan’ sepenuhnya pengaruh golongan Ulama sehingga ke kepimpinan atasan.  Tetapi, nampaknya, dengan kekalnya Nasharuddin di dalam PAS, pihak Anwarinas kemungkinan besar akan menghadapi tentangan hebat untuk mengukuhkan kuasa hingga ke puncak. 

3. Sebelum ini, kumpulan Anwarinas telah berjaya menyingkirkan Hassan Ali atas alasan melanggar dasar PR.    Salah Hassan Ali ialah menentang usaha memurtadkan umat Islam oleh puak Kristian yang dinaungi DAP serta mengkritik Karpal Singh dengan keras. 

4. Namun, entah kenapa alasan yang sama tidak digunakan, malah tidak dibincangkan pun terhadap Nasharuddin sedangkan ia hampir sama saja.   Sedangkan umum tahu bahawa Anwar telah pun menggerakkan usaha untuk meyakinkan Majlis Syura agar memecat Nasharuddin. 

5. Nampaknya, rancangan Anwar tidak diendahkan oleh Majlis Syura sedangkan sebelum ini, segala-gala tindakan yang diambil PAS wajib direstui oleh Anwar.   Entah kenapa kali ini, apa yang Anwar mahukan tidak dapat dipenuhi oleh PAS. 

6. Pastinya PAS menyedari akan impak yang akan menimpa parti itu jika mereka mengambil tindakan terhadap Nasharuddin.  Pengajaran yang diterima mereka dari pemecatan Hassan Ali menyedarkan mereka bahawa akar umbi adalah lebih penting dari Anwar.  Malah Karpal juga lebih penting dari Anwar. 

7. Hanya kerana mengkritik DAP dan Karpal, seorang pemimpin PAS boleh dipecat tetapi kali ini, kes yang hampir sama tidak pula di bawa ke perbincangan Majlis Syura walaupun ia bertentangan dengan kemahuan Anwar.

8. Inilah bukti bahawa darjat Karpal atau DAP adalah lebih tinggi dari Anwar.  

9. Anwar tentunya semakin resah kerana walaupun kumpulannya sudah menyerap masuk dari dasar sehinggalah ke permukaan PAS, tetapi mereka masih lagi tidak mampu berdiri dengan yakin untuk terus mengambil-alih PAS dengan mudah.   

10. Sebenarnya, strategi Anwarinas ini tidak sukar dibaca.  Jawatan Timbalan Presiden yang ‘diberikan’ mereka kepada Mat Sabu hanyalah sementara bagi membuka jalan yang lebih mudah untuk Husam merampas kerusi tersebut kelak iaitu dalam Muktamar ke 59.  Perkiraan mereka, tidak mungkin Mat Sabu dapat menandingi Husam walaupun mungkin ramai di kalangan PAS yang musykil dan tidak bersetuju dengan Anwarinas.  

11. Kumpulan Anwarinas telah belajar dari kesilapan dengan tidak turut bertanding tetapi memberikan sokongan kepada Mat Sabu dalam pertandingan jawatan tersebut sebelum ini.  Ini kerana mereka takut undi kumpulan mereka terpecah lagi sepertimana yang berlaku dalam pertandingan sebelumnya. 

12. Siapa yang sangka bahawa dengan strategi yang dirancang kemas dan rapi, kedudukan Anwarinas masih juga belum pasti.  Malah, tidak mustahil kesabaran mereka selama ini tidak akan berakhir dengan kejayaan. 

13. Ini kerana manusia hanya merancang, dan Allah S.W.T jua yang menentukan – satu peringatan buat golongan Anwarinas yang masih gagal dalam perancangan mereka berkuasa di Malaysia walaupun mendapat bantuan dari kuasa besar dunia.

KERJASAMA PAS-DAP LEBIH HARAM DARI SUMBANG MAHRAM


1. STATUS hubungan PAS-DAP masih menjadi tanda tanya banyak pihak setelah Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini memutuskan bahawa mantan Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang terlibat dalam konflik dengan Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP berhubung tuduhan anti Islam dan anti hudud, kekal sebagai ahli PAS.

2. Kenapa kita kata tanda tanya?  Sebab sekarang kita tahu bahawa DAP adalah parti anti Islam seperti yang disebutkan Nasha dan diperakui sendiri oleh Majlis Syura Ulama, tapi aneh PAS masih meneruskan kerjasama dengan parti berlambangkan roket tersebut.

3. Majlis SyuraUlama tau – yang paling tinggi dalam organisasi PAS, bukan lajnah-lajnah biasa yang macam haram jadah ni.

4. Secara tidak langsung PAS sekarang secara rasmi mengakui bahawa DAP memang anti Islam, anti hudud dan segala macam anti yang menjadi teras perjuangan parti berlambangkan bulan tersebut.  Dah kalau Majlis Syura sendiri yang cakap, takkan nak nafi lagi?

5. Penulis dan ramai ahli UMNO sebenarnya sudah lama ‘kagum’ dengan pemimpin dan balaci PAS yang boleh buat selamba dalam hal kerjasama dengan DAP walaupun secara jelas dan terang parti itu tolak Islam dan hudud – alasan sama yang diberikan PAS kenapa orang Islam perlu menolak UMNO.

6. Setiap kali percanggahan tersebut dibangkitkan, PAS pasti ada alasan yang lebih kepada menunjukkan kebodohan daripada menjelaskan kewajaran kerjasama tersebut.

7. Tapi berapa lama sangat keselambaan itu boleh bertahan?  Ibarat orang terkincit dalam seluarlah, lama-lama busuknya terbau juga kalau tak dibersihkan dengan segera.

8. Sebetulnya UMNO halangan PAS untuk berkuasa sebagai kerajaan di negara ini.

9. Oleh yang demikian, macam mana sekalipun UMNO mesti ditentang walaupun pada setiap masa kelihatan alasan PAS menolak UMNO semakin hari semakin bercanggah antara satu sama lain.

10. Itu saja alasan, mana ada lain – kuasa, kuasa dan kuasa.  Mana ada cerita akhirat, cerita pahala, cerita dosa, bohong saja semua tu.

11. Rakyat Malaysia dah tak sabar nak tengok kepura-puraan 2 parti politik berlainan idealogi ini akan bertahan sampai mana dan sampai bila.  Rasanya setelah Anwar masuk ke dalam nanti, semuanya akan berakhir, silap-silap PAS merangkak minta nyawa nak kerjasama dengan UMNO.

Tak percaya?  Sama-sama tunggu.



Sumber: 

Monday 17 September 2012

GEMPAR !!! "TOKONG" LIM GUAN ENG AKAN BUBAR DUN PENANG OKTOBER INI







1. Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

2. Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

3. Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

4. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

5. Pada saya, tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

6. Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

7. Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

8. Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

9. Pada saya, pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

10. Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

11. Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

12. Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

13. Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

14. DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

15. Pada saya, “tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

16. Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

17. Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…




Sumber: